MEMANDU bas bukan sekadar satu tugas buat kapten bas SMRT, Encik Zainalabidin Abdullah, 55 tahun, tetapi beliau menganggapnya sebagai sesuatu yang beliau cintai sehingga beliau kekal menjadi kapten bas selama 14 tahun.
"Saya gembira apabila memandu bas sebab saya cintakan pekerjaan saya. Saya juga suka jumpa dan bantu penumpang," kata Encik Zainalabidin.