Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUR INSAN

Perlu dana untuk tampung pendidikan Islam secara percuma

Apr 22, 2022 | 12:30 AM



NUR Insan berharap lebih ramai masyarakat setempat dapat meraih manfaat daripada pendidikan Islam secara percuma yang disediakan.



Dengan itu, Nur Insan gigih mencari dana bagi menampung pendidikan Islam secara percuma untuk masyarakat setempat.



Ketua Jabatan Madrasah Nur Insan, Encik Mohammad Fairuz Abdullah, berkongsi



"Tinjauan menunjukkan hanya 40 peratus dari masyarakat Melayu/Islam kita berdaftar di institusi pendidikan Islam separuh masa dan sepenuh masa.



"Kami berharap usaha menjayakan pendidikan Islam secara percuma ini dapat perhatian.''



Kelas-kelas agama fardu ain yang disediakan adalah untuk kalangan dewasa dan kanak-kanak.



Di peringkat kanak-kanak, Nur Insan menyediakan kelas agama mingguan iaitu setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari kelas Tadika 1 ke Menengah 4.



Kelas Bimbingan Asas Belia pula untuk 667 pelajar, mempelajari ilmu Sirah, Tauhid, Akhlak dan Fikah



Encik Mohammad Fairuz menambah: "Sebahagian besar daripada 667 pelajar di peringkat madrasah mingguan menerima buku teks dan buku kerja secara percuma.



"Ini antara langkah-langkah kami untuk meringankan beban dari sudut kewangan untuk mereka menimba ilmu fardu ain."



Di peringkat dewasa pula, Nur Insan menyediakan kelas-kelas agama mingguan pada setiap Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu.



Lain-lain kelas yang dianjurkan adalah seperti berikut:



  • Isnin:

Kelas Tafsir Al-Quran bersama Ustaz Zuhail.



  • Selasa:

Kelas agama khusus untuk wanita bersama Ustazah Syariati. Kelas agama untuk umum ber sama Ustaz Dr Feisal



  • Rabu:

Kelas Tahsin Al-Quran bersama Ustazah Noor nisah.



  • Jumaat:

Kelas Mengaji bersama Ustaz Effendi. Kelas Bimbingan Asas Belia bersama Ustaz Ash Shid dique.



  • Sabtu:

Kelas agama fardu ain bersama Ustaz Omar Maulana.



Kelas-kelas agama itu disediakan dalam bahasa Inggeris dan Melayu.



Sebelum dilanda Covid-19, sebagai aktiviti luar darjah, Nur Insan turut mengadakan kem bersama pelajar-pelajar madrasah mingguan di peringkat kanak-kanak dengan tujuan untuk membina sifat kepimpinan dari ilmu-ilmu yang mereka pelajari di dalam kelas.



Secara keseluruhan, setiap minggu, 1,000 pelajar di peringkat dewasa dan kanak-kanak menimba ilmu fardu ain di Nur Insan.



Semenjak dilanda pandemik Covid-19, Nur Insan meneruskan pembelajaran secara maya melalui Zoom dan juga dengan sebahagian daripada jumlah kecil menghadiri kelas. Ini merupakan susunan hibrid.



Dalam menangani cabaran menuntut ilmu ketika berdepan dengan pandemik Covid-19, Nur Insan telah menubuhkan program Cloud Madrasah,



Cloud Madrasah adalah pembelajaran dalam talian. Ia menggunakan wadah online. Ia bermakna pendidikan agama Islam itu diadakan secara maya sepenuhnya.



Pelajaran yang ditawarkan dalam talian Cloud Madrasah mengikuti sukatan pelajaran madrasah mingguan Nur Insan, tetapi ia disampaikan dalam bentuk video yang telah dirakamkan terlebih dahulu.



Ia juga dilengkapkan dengan aktiviti-aktiviti interaktif seperti kuiz dan permainan pendidikan dalam talian. Segala isi kandungannya adalah dalam bahasa Inggeris.



Kini, Cloud Madrasah menampung lebih daripada 130 pelajar di peringkat rendah.



Pembukaan pelajaran pada peringkat menengah masih dalam perancangan.



"Oleh kerana program ini tidak terhad dengan batasan lokasi, masa atau bilangan pelajar, kami amat berharap supaya ia akan terus berkembang agar dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai lagi kanak-kanak dalam masyarakat Singapura mahupun di perantauan," ujar Encik Muhammad Abdul Haq Mansor, penyelaras Cloud Madrasah Nur Insan.




DERMA DIALU-ALU



Jika anda berminat menyokong usaha Nur Insan memberi pendidikan Islam percuma kepada anak-anak Melayu- Islam, sila lungsuri https://www.nurinsan.sg/donation




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >