Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah menunjukkan kepimpinan yang baik dalam kalangan pemimpin mereka yang telah mendakap teknologi dan meluaskan perniagaan mereka di tengah-tengah pandemik Covid-19. Minggu lalu akhbar ini telah melaporkan tentang anggota lembaga pengarah DPPMS, Encik Ali Abbas, yang sedang mengembangkan perniagaan makanan dan minumannya. Kali ini dalam ruangan Siri Kepimpinan DPPMS, Berita Minggu (BM) menemu ramah setiausaha kehormat DPPMS, Encik Fazli Mansor. BERITA MINGGU melaporkan.
APABILA syarikat khidmat digital, ISGN Ventures Pte Ltd pertama kali memperkenalkan khidmat penstriman siaran langsung pada 2012, sambutan diterima suam-suam kuku sahaja.