Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

Dijangka bantu 3,500 benefisiari

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) melancarkan sebuah kempen Amal Ramadan pada 11 April lalu bagi mengumpul dana untuk misi bantuan pada tahun ini.



Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Farihullah Abdul Wahab Safiullah, berkata:



"Walaupun berdepan keadaan Covid-19, tumpuan TAA tetap sama iaitu memberikan bantuan kepada penerima yang berkelayakan."



Encik Farihullah berkata berdasarkan rekod permohonan bantuan kewangan pada 2020, sokongan padu daripada masyarakat, penderma, rakan kerja, sukarelawan dan media membolehkan TAA mengagihkan dana bantuan keseluruhan $1.5 juta kepada 3,300 benefisiari tahun lalu.



"Namun begitu, kami mendapati berlaku peningkatan permohonan pada 2021 ini sehingga jumlah penerima mencecah kepada 3,500 benefisiari.



"Kebanyakan pemohon berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan ada antara mereka sangat terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi, khususnya pada musim pandemik ini,'' tambahnya.



Encik Farihullah berkata TAA bergantung pada sokongan orang ramai untuk mengumpul sumbangan yang akan disalurkan kepada golongan memerlukan.



Selaras dengan perkembangan kempen Amal Ramadan, TAA bekerjasama dengan Mediacorp Radio Warna942 dan rakan media bagi meluaskan jangkauan pengutipan dana bagi kempen ini.



Selain itu, TAA turut menjalin kerjasama erat dengan rakan agensi M3, SSO dan KURNIA@Wisma Geylang Serai untuk sepanjang tahun bagi memperluas skop bantuan yang disediakan kepada penerima bantuan TAA.



Melalui kempen Amal Ramadan ini, TAA berharap dapat mengumpul dana sebanyak lebih daripada $1.2 juta, terutamanya sumbangan yang bakal diperolehi daripada platform dalam talian.



Ketiadaan acara bazar dan majlis pengutipan dana telah menjadikan laman sesawang rasmi TAA di www.TAA.sg sebagai wadah utama untuk menderma, seterusnya menjangkau penyumbang daripada media konvensional dan media sosial.



Majlis pengagihan Dana Aidilfitri TAA akan diadakan di Wisma Geylang Serai pada 2 Mei 2021 nanti.



Majoriti penerima bantuan akan menerima pengagihan bantuan kewangan melalui GIRO.



Maklumat lebih terperinci mengenai pengagihan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.




CARA MENDERMA



  • Penderma boleh memilih untuk menderma melalui PayNow, perbankan Internet, kad kredit atau E-Nets.

  • Maklumat juga akan diberikan kepada penderma yang ingin menyumbang secara cek dan wang tunai.

  • Layari portal www.TAA.sg untuk menghulurkan sumbangan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >