Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dipukul arus K-drama, Rossa tembusi pasaran K-Pop

Klip video 'Hati Yang Kau Sakiti' versi Korea turut tampilkan anggota 'Super Junior, Lee Dong-Hae
Apr 08, 2021 | 05:30 AM



DIPANAH asmara pada bahasa dan budaya Korea yang menyematkan nilai disiplin, budi bahasa dan romantisnya alam percintaan.



Jika anda menyangka hanya sahabat karib anda sahaja terpaku pada dansa ligat boyband K-pop dan plot cinta penuh saspens K-drama, bintang Indonesia, Datuk Rossa, 42 tahun, juga tidak terkecuali.



Dia malah teruja dapat libatkan bintang K-pop besar Lee Dong-Hae dari kumpulan boyband Super Junior dalam klip video terkininya 'Sangcheo Badeun Maeum' (The Heart You Hurt).



'Sangcheo Badeun Maeum' merupakan versi Korea lagu terkenal Rossa, 'Hati Yang Kau Sakiti' yang dicipta pada 2009.



Setelah tujuh bulan ke udara di gedung digital dengan respons cukup menggalakkan daripada pencinta muzik Korea, lagu ini memiliki klip videonya sendiri yang awalnya tidak dirancang.



Lagu ini dirakamkan di Jakarta, Bali dan Korea Selatan dan sudah ditonton lebih 2.2 juta kali di YouTube sejak dilancarkan pada 31 Mac lalu.



Turut menjayakan klip ini adalah pelakon Indonesia, Dion Wiyoko.



Semua ini dikongsi Rossa, pelantun lagu 'Ayat Ayat Cinta' dan 'Tegar', dalam sidang media Zoom yang disertai media Nusantara termasuk Berita Harian.



"Awalnya, kerana kesulitan Covid-19, kami memang tiada rancangan nak bikin klip video lagu 'Sangcheo Badeun Maeum' (The Heart You Hurt).



"Alangkah seronoknya kalau saya dan Dong-Hae yang berada dalam naungan satu perusahaan hiburan raksasa SM Entertainment dapat ketemu sekali, berlakon dan menyanyi bersama dalam klip video ini yang didukung penuh Ceria BRI, Langit Musik dan Sasa.



"Sayangnya, ini tidak dapat direalisasikan. Namun, saya secara peribadi teruja kerana ini kali pertama Dong-Hae muncul dalam klip video artis lain. Artis itu pula adalah saya," jelas Rossa.



Bintang Korea berusia 34 tahun itu turut memuatnaikkan video ini di Instagram bagi menguar-uarkan kehadirannya dalam video muzik Rossa, sebuah projek yang dianggap menyenangkan hatinya.



Dalam klip video ini, Dong-Hae adalah teman lama Rossa yang juga melalui pasang surut alam percintaan.



Hubungan mereka tercabar apabila teman lelaki Rossa (watak yang dibawa Dion) memutuskan hubungan tiba-tiba tanpa penjelasan.



Gambaran yang diberikan dalam klip ini, watak Rossa dan Dong-Hae saling menyimpan rasa terhadap satu sama lain.



Sebelum ini, Rossa pernah menyanyikan lagu Tegar bersama dua anggota Super Junior lain, Yesung dan Ryeowook ketika boyband itu singgah ke Jakarta bagi konsert jelajah mereka.



Impak lagu 'Hati Yang Kau Sakiti' ini cukup besar di Nusantara, jelas Rossa, baik di Indonesia, Singapura atau Malaysia.



Ini merupakan lagu 'wajib' yang turut dijadikan lagu tema sinetron FTV di Indosiar, 'Suara Hati Isteri'.



Rossa malah bergurau bahawa lagunya persis lagu kebangsaan Indonesia kerana diputar dari petang hingga malam, dihafal anak kecil malah digunakan secara kreatif sebagai meme (imej video berbaur lucu yang tular) di Instagram, TikTok dan Twitter.



Warganet pula mengaitkan 'Hati Yang Kau Sakiti' dengan drama Korea kegemaran Rossa, 'The World of the Married', yang menceritakan tentang isteri yang hatinya disakiti suaminya.



Mengenai budaya kerja Dong-Hae, Rossa menyifatkan rakan seperjuangannya itu sebagai seseorang yang mudah bekerjasama, tidak banyak rewel dan baik hati.



"Kami berhubung melalui pesanan media sosial atau panggilan video. Dong-Hae malah memuji sebutan bahasa Korea saya yang katanya, senang difahami," tambahnya.



Jika pandemik ini berakhir dan kembara diizinkan, Rossa dan Dong-Hae kemungkinan akan merakam 'Sangcheo Badeun Maeum' bersama.



Berkenaan dengan Dion menjadi pilihan, Rossa berkata dia memang terpaut pada karisma pemuda berwajah oriental seperti Dion.



"Kalau kita ada Dong-Hae, kita juga perlukan pelakon hebat seperti Dion. Dalam dua acara filem termasuk pelancaran filem biopik Susi Susanti, saya sempat mengamati lakonan Dion. Bagus sekali," jelasnya.



Rossa mempelajari bahasa Korea daripada seorang sahabatnya (warga Korea) dalam tempoh kebosanan duduk di rumah sewaktu pandemik Covid-19.



Dari situ, beliau amati budaya Korea Selatan yang kental dengan kesopanannya dijaga dari setiap strata sosial bahasa.



"Ada bahasa buat digunakan bersama teman-teman. Ada yang digunakan buat orang atasan. Ada yang rasmi seperti dalam penyampaian berita.



"Saya senang sekali keadaan orang Korea yang sangat menghormati orang lain. Mereka bangga jadi orang Asia.



"Apabila saya bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SM Entertainment, Kim Young-min, dia menegaskan betapa negara Asia harus bersatu agar kita bertambah besar.



"Masuk akal saranannya agar kita berganding tangan dan bersatu serta saling menyokong satu sama lain demi bersaing di dunia. Kini, sudah terbukti bakat seni Korea seperti BTS dan SuperM juga besar di Amerika," ujar Rossa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >