Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Dua Kosong Dua Kosong (2020)

Sep 18, 2022 | 05:30 AM



2020…

Kehidupan haru-biru

Kesihatan berseteru

Kehilangan kekasihku

Dituruti dua teman baikku



Hilang teman kembara

Tinggal sebatang kara

Beberapa ketika di pusara

Diikuti teman semasa 'nak dara



Edah bagaikan penjara

Berdiam memendam lara

Kehilangan juga rakan Pulara

Menangis tanpa suara



Masih berduka ditambah bencana

Kejiranan sepi berubah warna

Pintu jendela rapat adanya

Diserang virus bernama Corona



Banyak mati di sini sana

Silaturahim renggang sementara

Dilarang keras bersua muka

Hanya boleh mendengar suara



Selesai edah gundah juga

Dunia makin dilanda petaka

Tersekat langkah ke mana-mana

Sunyi sepi di Hari Raya



Rindu bertemu anak-anak cucu

Kehidupan harian makin bercelaru

Sekolah ditutup minggu ke minggu

Murid belajar tanpa buku



Satu, satu kedai ditutup

Pasar juga di pagar litup

Ada peniaga yang tidak sanggup

Terus tutup dagangan lingkup



Banyak juga yang hilang pekerjaan

Baik sikit gaji berkurangan

Dapat bantuan dari kerajaan

Hati lega tidak kebuluran



Majlis nikah jadi terhalang

Pertunangan putus lebihlah malang

Ada majlis makanan tak di dulang

Makanan dibungkus dibawa pulang



Adakan majlis mesti banyak wang

Harga melambung sedikit tak kurang

Mengatur jemputan kira kepala orang

Melanggar aturan saman datang tidak diundang



Sekolah dibuka untuk tertentu

Murid berkenaan berada di situ

Hadapi peperiksaan sudahlah tentu

Perasaan bagai dikepung hantu



Penerimaan sijil tiada acara



Hanya di talian ia laksana

Sekiranya di acara ada peraturannya

Muram suasana riang gembira



Dua kosong dua kosong termaktub sejarah

Kehidupan sukar bak luka parah

Demam tak kebah bertambah gerah

Biar berlalu reda dan pasrah.



ROHANI DIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >