Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Dua Refleksi

Oct 30, 2022 | 05:30 AM



I

Kau yang menyendiri sepi di pojok gelap lalu bergenang titik-titik

mutiara dari mata membasahi pipi lalu hati yang peka tersentuh hiba mengimbas apa punca pada kesyahduan begitu



sudahlah apa yang perlu kita resahkan tika masing-masing harus ada

impian yang mahu digapai tapi mudah berkecai kerana mengejarnya

saja tiada jaminan kemenangan jika dirimu tidak kaubikin gagah

berbekal tekad kuat dan taqwa sedang realiti juga tak kau ambil kira



mahukah kita bermuhasabah semula membulat tekad dan keluar

dari pojok gelap



jangan pernah malu melakar hidup apa yang kauperlu



II

Mahu dipercaya

persis di malam bulan ada

berkuliah engkau bersaksi bintang

pada segala terang-benderang

setiap yang berkilauan

katamu itulah kebenaran

sedang lupakah engkau

malam bukan selamanya kemilau

ketika bulan dilitup awan

dunia kegelapan

segala kesasaran

kecuali pijakmu itu kukuh

berpaksi dasar teguh

hukum yang satu tak berganjak

melainkan kaurampok yang bukan hak.



MAAROF SALLEH




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >