Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu penyelaras produksi, kini isi jurang dalam penjagaan warga emas

Jun 07, 2021 | 05:30 AM



DENGAN kurangnya kerja pembikinan filem akibat wabak Covid-19, Encik Iylia Haidhar Zulkepli terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan serta melakukan pelbagai pekerjaan bebas untuk mencari rezeki semasa tempoh mencabar ini.



Namun, ketika pasaran penghantaran makanan menjadi sesak, mantan penyelaras produksi itu berkata beliau dapati bahawa tidak banyak pendapatan yang dapat diraihnya.



Ingin melangkah keluar dari zon selesanya, Encik Iylia, 30 tahun, telah mengambil kesempatan ini untuk mengejar impiannya bekerja dalam industri penjagaan kesihatan di Hospital Ren Ci sebagai Penolong Penjagaan Penghuni (RCA).



Dalam satu wawancara melalui e-mel dengan Berita Harian, beliau, yang juga pernah bekerja sebagai pereka, berkata, dengan bilangan warga emas yang semakin meningkat di Singapura, terdapat ruang yang boleh diisi oleh pengasuh setempat untuk berkhidmat kepada golongan tersebut.



Antara mereka yang termasuk dalam golongan itu adalah ibunya.



"Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, saya sebenarnya sering bimbang tentang bagaimana saya dapat terus menjaga ibu saya pada masa akan datang sekiranya beliau memerlukan penjagaan khas di rumah.



"Dengan semangat itu, saya selalu bercita-cita untuk bekerja dalam sektor penjagaan masyarakat, kerana terdapat keperluan untuk pengasuh tempatan yang boleh memahami warga emas kita dengan lebih baik," katanya.



Sebagai RCA di Hospital Ren Ci, Encik Iylia menjaga penghuni di sana serta membantu menjaga kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.



Di samping itu, beliau turut menawarkan penjagaan profesional untuk menyokong semua aspek kehidupan penghuni, termasuk penjagaan peribadi dan aktiviti terapi yang menekankan penuaan dengan maruah, rasa hormat dan berdikari.



Meskipun mempunyai semangat untuk menceburi industri ini, beliau berkongsi agak mencabar baginya untuk menyesuaikan diri.



"Berasal dari industri yang berbeza, saya tidak mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai penjagaan masyarakat.



"Terdapat banyak perkataan dan jargon yang perlu diingat, termasuk protokol dan cara mendekati penghuni dengan aktiviti kehidupan seharian mereka," jelasnya.



Walaupun pekerjaan barunya mencabar, Encik Iylia berkata ia merupakan pekerjaan jujur yang baik dan pada masa yang sama memberinya peluang untuk melayani masyarakat serta berasakan kepuasan yang besar.



Bermula bekerja di sana sejak awal Mac tahun ini, beliau berkongsi ia telah membuka matanya kepada pelbagai cabaran perubatan dan emosi yang dihadapi oleh warga emas setiap hari.



"Sebelum ini, saya selalu berfikir bahawa rumah penjagaan selalunya suram, tetapi di Ren Ci, konsep isi rumah menjadikannya lebih selesa dan mesra bagi penghuni kami.



"Saya berharap mereka dapat melihatnya sebagai rumah dan bukan wad, dan akan berusaha untuk membantu mereka berasa selesa di sini," katanya.



Walaupun pekerjaan ini bukan pekerjaan yang mudah dari segi fizikal dan mental, Encik Iylia tetap berusaha melakukan yang terbaik untuk penghuninya.



"Dalam masa akan datang, saya berharap dapat melengkapkan diri saya dengan kemahiran penjagaan yang lebih baik untuk melayani dan memberi perkhidmatan kepada warga emas dengan lebih baik," ujarnya.




"Sebelum ini, saya selalu berfikir bahawa rumah penjagaan selalunya suram, tetapi di Ren Ci, konsep isi rumah menjadikannya lebih selesa dan mesra bagi penghuni kita. Saya berharap mereka dapat melihatnya sebagai rumah dan bukan wad, dan akan berusaha untuk membantu mereka rasa selesa di sini."
- Encik Iylia Haidhar Zulkepli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >