Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Fahmi lancar portal cari kerja bagi penduduk CDC South East

Lebih 1,000 pekerjaan dari 80 syarikat ditawarkan
Nov 13, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 1,000 jawatan kosong dari 80 syarikat ditawarkan dalam sebuah portal masyarakat, Jobs@South East yang diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East bagi membantu penduduk di kawasan itu mencari pekerjaan.



Ia dilancarkan sempena Pameran Kerjaya Jobs and Skills Discovery @ South East di Wisma Geylang Serai (WGS) semalam.



CDC South East telah bekerja sama dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) bagi membantu penduduk di daerah South East mendapatkan pekerjaan.



Pelbagai pekerjaan telah ditawarkan termasuk jurutera projek (Sembcorp), pembantu runcit (Fairprice), pembantu pengurus (Astons), pembantu jualan kaunter (Kopitiam) dan guru penjagaan prasekolah (Mindchamps).



Dalam ucapan semasa pelancarannya, Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkata portal itu akan dapat memanfaatkan ramai penduduk daerah itu bagi mencari kerja yang berhampiran dengan rumah mereka.



"Portal ini akan membolehkan penduduk kami menjimatkan masa pergi ke kerja dan mengurus urusan keluarga secepat mungkin.



"Semoga ia juga dapat bantu menyenangkan hati dan fikiran mereka untuk fokus lebih baik di tempat kerja sambil membina kerjaya lebih dekat dengan rumah," kata Encik Fahmi, yang melancarkan portal itu bersama ketua pegawai eksekutif (CEO) e2i, Encik Gilbert Tan.



Meskipun kadar pengangguran penduduk Singapura mencapai 3.5 peratus Oktober lalu, Encik Gilbert berharap inisiatif itu dapat memudahkan lagi proses bagi penduduk daerah South East untuk mendapatkan kerja dalam keadaan yang tidak menentu sekarang.



"Kami berharap inisiatif ini dapat mengumpul semua sumber dan pekerjaan yang ada dalam satu wadah yang mudah diakses supaya semua penduduk boleh mendapatkan pekerjaan dan menjalani kehidupan yang lebih baik," kata beliau, sambil mengalu-alukan syarikat lain untuk bekerja sama dengan e2i untuk menawarkan pekerjaan atau bimbingan dalam program mereka.



Tambahan lagi, Encik Fahmi berkata wadah seperti ini dapat menyokong inisiatif di bawah Bidang Tumpuan Keempat (FA4) yang bertujuan untuk menyesuaikan pekerja dengan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemampuan tenaga kerja melalui peningkatan kemahiran dan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat.



"Terutamanya bagi pekerja ekonomi gig, wadah seperti ini akan beri mereka pilihan kerja dan bimbingan untuk menukar dan mendapat pekerjaan yang lebih tetap," kata Encik Fahmi yang juga penasihat akar umbi di Geylang Serai.



Bagi penduduk Cik Zaibonnisah Md Yassin, 49 tahun, beliau mendapati proses mencari kerja menerusi portal itu amat mudah.



"Saya hanya perlu letakkan nombor kad pengenalan dan semua maklumat sudah disediakan bagi permohonan kerja.



"Mereka juga menawarkan banyak pekerjaan dalam pelbagai sektor dan saya hanya perlu pilih pekerjaan yang saya inginkan," kata bekas eksekutif pejabat yang kali terakhir bekerja pada Mac 2020.



Cik Zaibonnisah sukar mencari kerja semasa pandemik Covid-19 dan beliau berharap inisiatif ini dapat membantunya mendapatkan pekerjaan tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >