Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fenomena K-Pop, K-Drama melekat di jiwa artis S'pura

Aug 09, 2021 | 05:30 AM



JATUH cinta dengan drama Korea, Guardian: The Lonely and Great God, sehingga terdorong menghasilkan lagu saduran berdasarkan runut bunyi drama ini.



Inilah yang diusahakan penyanyi Singapura, Nana Karia, 41 tahun, sebagai tanda sanjungan buat fenomena K-Drama dan K-Pop yang menawan dunia.



Pada Februari lalu, Nana menghasilkan versi Melayu lagu I Will Go To You Like The First Snow (dendangan asal Ailee) yang diberi judul Bagai Salju.



Ketika dihubungi bagi menjelaskan apa yang membuatnya tertarik pada drama, lagu dan filem Korea, Nana menjelaskan:



"Saya berasakan daya tarikan dalam drama, lagu dan filem Korea adalah ciri kekuatan konsep dan pesanan yang ingin disampaikan.



"Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan drama dan filem Korea mempunyai sentuhan kemanusiaan, dari segi bagaimana mereka menggambarkan watak jahat tetapi dengan menceritakan apa yang membuatnya menjadi jahat agar penonton memahami jalan hidup mereka.



"Kemudian, akan timbul empati pada watak ini dengan tidak menilainya secara mengutuk atau mengecam.



"Drama dan filem Korea juga menunjukkan betapa watak baik pun buat silap dan mengecewakan kadangkala dalam tempoh mencabar. Saya senangi konsep sebegini kerana ia petanda semua orang manusia biasa dengan pilihan dan akibat perbuatan perlu ditangani.



"Mudah nak kaitkan diri kita dengan jalan cerita drama dan filem Korea."



Menurut Nana lagi, lagu-lagu runut bunyi drama dan filem Korea ini juga bukan lagu "tangkap muat".



Daripada lirik hingga iramanya atau susunan lagu yang diiringi orkestra serta permainan muzik secara langsung dapat disulam sekali dengan jalan cerita drama dan konsepnya.



"Inilah unsur yang ingin saya pelajari daripada penggiat seni Korea. Mereka begitu peka dengan setiap butiran kerja seni mereka," jelasnya lagi.



Seorang lagi bakat Singapura yang akur dengan kehebatan pengaruh muzik Korea ialah penyanyi dan pelakon Hana Rosli.



Hana, 26 tahun, yang muncul dengan album EP, Rebirth, berkata lagu dalam album ini, Lioness, meraih inspirasi daripada lagu kumpulan Korea terkenal, Blackpink.



"Saya mengikuti perkembangan kumpulan K-Pop seperti Girls' Generation. Saya kagum dengan cara mereka membangun fenomena K-Pop ibarat menggerakkan sebuah maktab seni persis Lasalle untuk hasilkan bintang K-Pop.



"Individu berbakat ini mengambil masa antara enam tahun dengan 10 tahun untuk latihan sebelum muncul sebagai kumpulan yang berjaya di pentas hiburan dunia.



"Mereka berlatih agar jadi penghibur terbaik. Saya tabik kesungguhan, komitmen dan disiplin mereka dalam mengasah kesenian mereka.



"Mereka memukau dunia kerana hasilkan lagu 'catchy' dengan lirik mudah dan tidak kompleks supaya difahami kanak-kanak atau sesiapa sahaja," katanya.



Hana mengikuti gerakan K-Pop yang menurutnya membuatkan artis Korea ini menyerlah sebagai sensasi dunia yang mampu menari, menyanyi dan berlakon dengan baik.



"Lioness, lagu yang saya hasilkan adalah satu unsur pemerkasaan yang saya perolehi daripada lagu-lagu Blackpink. Ia memberi harapan dalam tempoh kesuraman pandemik Covid-19," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >