Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem 'pandemik melatah' cuit hati awal hingga akhir

'Kampung Latah Kena Kuarantin' raih RM1 juta, gelikan hati sambil teroka sindrom budaya masyarakat Nusantara
Oct 02, 2021 | 05:30 AM



OPOCOT!



Geli hati tak henti dibuatnya menyaksikan aksi pelakon atau jurudandan melatah di set penggambaran yang dimuat naik di Instagram.



PS Mansur, jurudandan dan pelakon kaki melatah dari seberang, menjadi terkenal setelah salah satu video melatahnya tular.



Beberapa selebriti lain, seperti Amy Mastura, Ieda Moin, Zara Zya dan Khai Bahar, juga pantang dicucuk dan boleh membuat anda ketawa sampai menitis air mata tatkala dalam 'mode' melatah.



Biasanya dalam sesebuah drama atau filem, anda hanya menemui satu dua watak yang melatah.



Jadi, bayangkan apabila melatah, yang menurut kajian hanya terjadi dalam masyarakat Melayu, terutama di Nusantara, dan tidak di negara Barat, dijadikan tema utama filem Kampung Latah Kena Kuarantin buat saluran Astro First.



Filem yang ditayangkan menerusi platform yang dianggap sebagai 'pawagam rumah anda' sejak 9 September lalu itu mendapat sambutan luar biasa.



Sudah lama tidak menyaksikan filem yang membuat anda geli hati dari awal hingga akhir.



"Apabila kita bosan duduk di rumah, filem seperti Kampung Latah Kena Kuarantin ini jadi penawar. Sama macam tengok siri drama Korea yang cetuskan fenomena, Squid Game.



"Ada kelainan dari segi tema dan impaknya pada diri kita. Letak seberapa ramai orang yang melatah dalam satu set penggambaran, tak ke kecoh namanya?" kata Cik Kamsiah Haron, 44 tahun, seorang suri rumah Singapura yang sudah menonton filem itu .



Berita Harian Malaysia melaporkan Kampung Latah Kena Kuarantin, filem pertama dibiaya Dana Program TV/OTT (Over-the top) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Astro, meraih kutipan lebih RM1 juta ($325,031) sejauh ini.



Penerbit daripada Megapine (M) Sdn Bhd, Hazil Izham Ismail, bersyukur bagi sambutan baik penonton terhadap karya itu, yang mengisahkan Kampung Latah Permai menjadi tumpuan pelancong kerana merupakan tempat yang mempunyai kadar penduduk melatah yang ramai.



Ajin (lakonan Azhan Rani) adalah ketua pemandu pelancong Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).



Gelagat mereka menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong.



Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya Melayu, namun pinangan Apoi ditolak.



Justeru, Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati.



Kampung Latah Permai tiba-tiba dilanda sindrom melatah tidak terkawal hingga menimbulkan pelbagai kes berbahaya, seperti melatah sampai koma, melatah hingga meninggal dunia dan melatah sampai terbunuh rakan atau pasangan sendiri.



Situasi membimbangkan itu mendorong ketua kampung mengadakan mesyuarat tergempar bagi mencari huraian.



Pandemik latah yang melanda membawa pada pelbagai teori dan cara menanganinya. Ada yang logik dan ada yang mengarut.



Dalam seisi dunia berdepan pandemik Covid-19 yang berpanjangan, Kampung Latah Kena Kuarantin menimbulkan pandemik baru yang sebenarnya merupakan kondisi zaman-berzaman yang masih menimbulkan tanda tanya.



Ini yang penulis secara peribadi dapati menarik. Kita tergelak melihat orang melatah, tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana melatah boleh terjadi?



Kalau disemak Internet, latah dikatakan adalah satu corak tingkah laku neurotik yang biasanya disebabkan terkejut atau takut dan kali pertama ditemui di Tanah Melayu dengan orang melatah digambarkan sebagai meniru tindakan dan kata-kata orang lain.



Pakar Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Mohammaed Saffari Mohammad Haspani, dalam satu rencana Berita Harian Malaysia menganggap melatah sebagai satu sindrom budaya.



"Dari sudut perubatan, melatah didefinisikan sebagai satu tindak balas tertentu apabila dikenakan tekanan secara tiba-tiba, yang membabitkan pergerakan, perlakuan dan percakapan tidak terkawal akibat terkejut," katanya.



Kampung Latah Kena Kuarantin juga mengetengahkan pelakon serba boleh Azhan Rani sebagai teraju filem ini yang begitu selesa membangun sinergi komedi bersama dua pelakon lain yang memang dikenali kuat melatah, PS Mansur dan Ieda Moin.



Filem yang mengangkat topik melatah yang begitu dekat di hati masyarakat Melayu ini membentangkan beberapa isu lain yang tidak pernah lari daripada kerja seni Melayu, seperti semangat gotong-royong orang kampung dan sikap hasad dendam serta orang persis gunting dalam lipatan atau api dalam sekam. Ini kes wabak teruk juga, ya?



Ia ibarat lanjutan siri drama Opocot Melatah Budak Pejabat, yang masuk musim kedua, satu kelainan ditawarkan daripada kebiasaan memaparkan kisah kahwin paksa dan mak mentua atau ibu tiri penuh muslihat.



Dalam era penstriman menguasai cita rasa penonton, tema filem atau drama Melayu juga perlu menggali jalan cerita lebih segar untuk disajikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >