Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN: LEBIH BANTUAN KEPADA PEKERJA BERGAJI RENDAH

Gaji pekerja naik, kos niaga turut naik... tapi peniaga akur langkah baik demi kebajikan pekerja

Harap sokongan tambahan diberikan bagi SME dalam tempoh peralihan demi wujudkan cara yang adil bagi pekerja dan majikan: DPPMS
Sep 01, 2021 | 05:30 AM



SEJAK tahun lalu, pengarah Restoran Pu3, Cik Puteri Norlela Mohd Dali, telah mendapat bayangan dari Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk meningkatkan gaji pekerja bergaji rendahnya kepada $1,400 dari $1,200-$1,300.



Meskipun langkah ini akan meningkatkan kos niaga, beliau tahu ia adalah untuk kebaikan dan kebajikan pekerjanya.



Dalam Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata pemerintah telah menerima saranan Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW), yang dipengerusikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia dan Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, agar Model Gaji Progresif (PWM) diluaskan bagi memanfaatkan lapan dari setiap 10 pekerja bergaji rendah.



Ini bermakna gaji pekerja bergaji rendah tempatan akan dinaikkan kepada sekurang-kurangnya $1,400 dalam tempoh dua tahun mendatang.



Antara lain, PWM akan diluaskan kepada sektor runcit dari September 2022, dan khidmat makanan dan pengurusan sampah dari 2023.



"Secara jujur, ia memang sukar. Kos sewa sudah meningkat. Harga bahan makanan juga naik. Keuntungan memang sudah tersepit akibat langkah jarak selamat. Dengan gaji yang meningkat, kami terpaksa terima keuntungan lebih rendah. Hendak naikkan harga makanan memang sukar kerana kami juga faham pelanggan juga menghadapi kesukaran,'' kata Cik Puteri, yang mempunyai 10 pekerja, empat daripadanya merupakan pekerja asing.



Kos gaji merangkumi 30 peratus dari kos keseluruhannya, kata Cik Puteri yang mempunyai restoran di 111 Somerset Road.



Pemilik syarikat-syarikat, terutamanya dalam bidang runcit dan F&B yang banyak diceburi peniaga Melayu/Islam, sedar kenaikan gaji itu perlu bagi menjaga kebajikan pekerja bergaji rendah.



PWM, yang sudah diperkenalkan sembilan tahun lalu, sudah pun memanfaatkan pekerja pembersihan, keselamatan, landskap dan penyenggaraan lif.



Selain itu, syarikat yang menggajikan pekerja asing dikehendaki membayar semua pekerja tempatan mereka sekurang-kurangnya Gaji Kelayakan Setempat (LQS) sebanyak $1,400 sebulan.



Pemilik restoran Padi@Bussorah, Encik Hashim Ali, berkata $1,400 itu adalah gaji permulaan yang boleh ditingkatkan.



"Kita sedar dengan gaji yang rendah, bagaimana hendak hidup di Singapura dengan kos yang tinggi. Pengumuman itu tidak banyak menjejas saya kerana saya sudah pun memberikan gaji $1,800 hingga $3,000 bagi pekerja saya. Yang menjadi isu bagi kami ialah bagaimana mengekalkan pekerja tempatan?'' katanya, yang mempunyai lima pekerja tempatan dan seorang pekerja asing.



Meskipun gaji ditingkatkan, syarikat-syarikat akur ia amat sukar menarik pekerja tempatan, yang mendorong mereka mendapatkan pekerja asing.



"Susah nak dapatkan pekerja tempatan. Pekerja sambilan bolehlah tapi nak kerja sepenuh masa, agak payah walaupun dengan kenaikan gaji ini,'' kata Cik Puteri.



MENANGANI KOS NIAGA MENINGKAT AKIBAT KENAIKAN GAJI



Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, berkata peluasan PWM dan LQS akan memastikan syarikat mengikut amalan pekerjaan yang progresif dan adil sambil mengutamakan pekerjaan warga Singapura.



"Namun, langkah ini mungkin menjadikan kos pekerja lebih tinggi bagi syarikat kecil dan sederhana (SME).



"Oleh itu, DPPMS berharap sokongan dapat diberi bagi membantu SME dalam tempoh peralihan ini demi mewujudkan cara yang adil bagi pekerja dan majikan," ujarnya.



Akur dengan kenaikan kos itu, jawatankuasa dipengerusikan Encik Zaqy, berkata pemerintah akan menyediakan sokongan sementara bagi syarikat dalam tahap awal sedang perniagaan beransur pulih dari kesan Covid-19.



Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat, berkata:



"Majikan boleh menangani kos kenaikan gaji itu dengan memanfaatkan skim kredit seperti kredit pengambilan pekerja warga emas atau mereka yang kurang upaya.



"Firma juga harus meneliti model perniagaan dan jumlah pekerja asing dan tempatan serta meneroka penggunaan teknologi secara meluas bagi mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing.



"Tetapi, saya sedar ia lebih mudah dikatakan dari dilaksanakan. Saya faham keprihatinan syarikat-syarikat terutama memandangkan mereka masih terjejas dengan kesan Covid-19.''



Tetapi, Encik Saktiandi, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, berkata meningkatkan gaji pekerja bergaji rendah memang perlu bagi mengikut rentak pertumbuhan pekerja bergaji median di negara ini.



ALIHKAN KOS KEPADA PENGGUNA?



Ketika ini, syarikat perlu membayar Gaji Kelayakan Setempat bagi sebilangan pekerja tempatan mereka bergantung kepada bilangan pekerja asing yang mereka gajikan.



PM Lee berkata Gaji Kelayakan Setempat akan disesuaikan dari masa ke masa. Kali terakhir ia ditingkatkan ialah sebanyak $100 kepada $1,400 pada Julai tahun lalu.



Bagi menyokong pekerja bergaji rendah, beliau berkata pengguna juga mungkin perlu membantu.



Ketua pakar ekonomi OCBC Bank, Cik Selena Ling, berkata ia mungkin sukar bagi syarikat mengalihkan kos itu kepada pengguna.



"Bagi firma dalam sektor F&B dan runcit, ia mungkin sukar meningkatkan harga barangan dalam tempoh sederhana disebabkan sekatan Covid-19 masih belum dilonggarkan sepenuhnya disebabkan varian Delta,'' katanya.



KESAN TERHADAP INFLASI DI SINGAPURA



Pakar ekonomi di BofA Securities, Encik Mohamed Faiz Nagutha, berkata kenaikan gaji itu tidak akan menjejas inflasi dalam jangka pendek memandangkan ia dilaksanakan secara bertahap-tahap.



"Bagi 2021-22, rentak inflasi masih akan dipengaruhi oleh perkembangan seperti proses pembukaan semula ekonomi, perkembangan pasaran buruh dan tekanan sejagat,'' katanya.



Dalam jangka panjang, kenaikan gaji itu akan memberi tekanan yang meningkat terhadap inflasi meskipun inflasi akan bergantung kepada banyak faktor seperti rantaian bekalan yang terganggu akibat Covid- 19, kata Encik Saktiandi.



Pakar ekonomi DBS, Encik Irvin Seah, pula berkata sama ada kenaikan gaji itu akan meningkatkan inflasi bergantung kepada kuasa syarikat dalam meletakkan harga pengguna.



Beliau akur sektor F&B dan runcit mempunyai persaingan yang sengit dan diceburi banyak syarikat.



"Syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi dari segi kesetiaan jenama atau perkongsian pasaran boleh mengalihkan kenaikan kos itu dari segi kenaikan harga kepada pengguna,'' katanya.




SEKILAS SARANAN BAGI TINGKATKAN PEKERJA BERGAJI RENDAH



  • Perluas Model Gaji Progresif (PWM), termasuk sektor runcit dari September 2022, khidmat makanan dari Mac 2023 dan pengurusan sampah dari 2023

  • Perluas PWM bagi sektor pembersihan, keselamatan dan landskap kepada pekerja dalaman dari September 2022

  • Perkenal gaji progresif bagi pekerjaan seperti pentadbiran dan pemandu dari Mac 2023

  • Syarikat yang gaikan pekerja asing perlu bayar sekurang-kurangnya Kelayakan Gaji Setempat (LQS) sebanyak $1,400 kepada pekerja setempat dari September 2022. Ketika ini, firma perlu membayar pekerja setempat jumlah ini, bergantung berapa banyak pekerja asing yang firma gajikan.

  • Gaji pekerja dan LQS akan diubah kepada kadar sejam yang adil bagi pekerja sambilan atau yang bekerja lembur. Ini bermakna firma boleh menggajikan pekerja setempat berdasarkan aturan kerja yang berbeza dan membayar mereka gaji yang adil berdasarkan jumlah jam mereka bekerja tanpa jejas kuota pekerja asing.

Sumber: Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >