Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Galau

Feb 01, 2016 | 05:30 AM

Janganlah hanya membatu mendengarkan

di kala hatimu diketuk rawan

mungkin hadirnya tidak keruan

tidak diundang membawa pesan

di balik nada ketukan

mungkin ada halwa bisikan

mencanang seribu harapan

menggoncang dungu keterlekaan

mungkin juga membawa seribu rahsia

tabir erti sendu dan lara

erti syahdu dan bangga

hingga kita mudah terlupa

kita dicipta dan bertujuan yang sama

Janganlah kita bingung mendabik dada

ghairah membelek masa

riang mendakap dunia

hingga menjadi kaya di puncak petaka

buta dalam sinar cahaya

hingga tersungkur ke kawah dosa

menjadi bahan api menyala

hanya kerana kita alpa pada seruan

dan kurang siuman

dalam neraca iman.

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >