PUTRAJAYA: Mantan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail sedang membuat persiapan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015 apabila beliau dipecat daripada jawatannya.
Tan Sri Abdul Gani memberitahu demikian kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mereka bertemu pada Selasa.