Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Golongan memerlukan sentiasa diberi sokongan

Pihak masjid harap masyarakat terus salur dana bagi jayakan pelbagai projek
Mar 27, 2021 | 05:30 AM



SABAN tahun, Masjid Darul Makmur menjadi pusat perantaraan bagi menyalurkan hasil sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan kejiranan Yishun.



Pelbagai usaha dikelolakan oleh Unit Pembangunan Sosial masjid itu dalam memastikan setiap penerima yang datang daripada latar belakang berbeza, menerima bantuan yang dapat melengkapkan keperluan mereka sama ada menerusi wang tunai atau baucar.



Penerima bantuan terdiri daripada golongan warga emas, keluarga berpendapatan rendah dan golongan berpenyakit kronik.



Selain daripada bantuan berbentuk wang dan baucar, Masjid Darul Makmur juga menyediakan perkhidmatan sesi berteman (befrienders) dengan para penerima bantuan zakat, dengan bertujuan untuk bertanya khabar berkaitan kebajikan dan kesihatan mereka.



Sejak ditubuhkan pada 2012, Jabatan Pembangunan Sosial Masjid Darul Makmur telah melaksanakan langkah-langkah proaktif untuk menghulurkan khidmat dan bantuan sosial kepada penduduk di kawasan itu.



Kini, Unit Pembangunan Sosial itu dianggotai empat pegawai, yang diketuai oleh dua Pegawai Pembangunan Sosial (SDO) iaitu Ustazah Siti Mahjubah Md Ithinin dan Ustazah Nur Insyirah Ibrahim.



Sebelum itu, bermula pada tahun 2001, Unit Keluarga Makmur juga telah ditubuhkan oleh pihak masjid untuk memberikan bantuan kepada penduduk Yishun yang memerlukan.



Ekoran dari pandemik Covid-19, sektor pekerjaan menjadi kurang stabil dan telah menyebabkan sebilangan penduduk hilang pekerjaan.



Pendapatan mereka juga menjadi semakin terdesak dek ekonomi yang gawat.



Oleh itu, perkara ini menjadikan Masjid Darul Makmur lebih bertanggungjawab dalam memulihkan semula segala keperluan asas bagi golongan yang terjejas.



Sedaya mungkin, pihak Unit Pembangun Sosial Masjid Darul Makmur masih menerima permohonan bantuan daripada golongan yang memerlukan dan akan kekal aktif mengendalikan kes-kes mengagihkan bantuan, dengan jumlah penerima bantuan telah meningkat dan mencecah sehingga 365 orang penerima.



Bantuan kewangan yang diberikan kepada penerima merupakan sumbangan zakat yang diagihkan oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Selain itu, baucar makanan juga diberi oleh pihak masjid kepada penerima bantuan hasil daripada sumbangan wang fidyah oleh masyarakat.



Berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang Pegawai Pembangunan Sosial yang telah bertugas selama lima tahun di Masjid Darul Makmur, Ustazah Siti Mahjubah berkata:



"Sebagai seorang Pegawai Pembangunan Sosial (SDO), saya rasa berbesar hati setiap kali saya membantu penerima zakat menerima bantuan setiap bulan kerana ini dapat meringankan beban yang mereka pikul dan juga memudahkan urusan harian keluarga mereka."



Sejauh ini, Masjid Darul Makmur telah diberkati dengan keupayaan dan pelbagai sumber bagi membantu masyarakat yang memerlukan, yakin dan pasti terdapat sebahagian usaha yang dijana oleh masyarakat, khususnya sukarelawan dan dermawan yang telah menyumbang dalam memastikan golongan yang memerlukan dapat merasa kehidupan yang lebih selesa.



Selain bantuan kewangan, sokongan moral dan bimbingan agama juga diberi kepada penerima zakat.



"Kami berusaha memberi bantuan kepada mereka yang ke masjid bukan hanya dari segi kewangan, malah sokongan dari sudut nasihat keagamaan dan kerohanian.



"Pihak masjid juga mengendalikan klinik guaman percuma jika mereka ingin mendapatkan nasihat dan bimbingan peguam," ujar Ustazah Nur Insyirah.



Selain itu, sumbangan derma dan sokongan yang telah diberikan oleh masyarakat juga akan dimanfaatkan oleh Jabatan Pembangunan Sosial bagi menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan di kawasan kejiranan Yishun secara khususnya.



Tahun ini, Masjid Darul Makmur akan melakukan projek peningkatan bagi menyediakan pengalaman dan persekitaran yang lebih berkualiti tinggi untuk jemaah.



Demi mencapai projek peningkatan ini, usaha pengumpulan dana diadakan untuk melengkapkan segala kerja keperluan.



Pihak masjid ingin menguar-uarkan kepada masyarakat agar dapat terus menyalurkan dana bagi menjayakan projek peningkatan masjid ini.




"Sebagai seorang Pegawai Pembangunan Sosial (SDO), saya rasa berbesar hati setiap kali saya membantu penerima zakat menerima bantuan setiap bulan kerana ini dapat meringankan beban yang mereka pikul dan juga memudahkan urusan harian keluarga mereka.''
- Ustazah Siti Mahjubah Md Ithinin.



"Kami berusaha memberi bantuan kepada mereka yang ke masjid bukan hanya dari segi kewangan, malah sokongan dari sudut nasihat keagamaan dan kerohanian. Pihak masjid juga mengendalikan klinik guaman percuma jika mereka ingin mendapatkan nasihat dan bimbingan peguam.''
- Ustazah Nur Insyirah Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >