KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah memberi bayangan paling terang, dengan berkata ia bersedia bertemu dan bekerja bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan perpisahannya dengan pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, beliau berkata langkah itu tidak bermakna ia akan membentuk sebuah kerajaan perpaduan.