Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beri manfaat kepada penjaja, pelanggan

Harap kaedah e-pembayaran dapat bantu tingkatkan jualan

Lebih separuh pegerai di Singapura, atau sekitar 10,000 pegerai, kini menawarkan kaedah pembayaran elektronik kepada pelanggan. Ini menurut perangkaan oleh Enterprise Singapore (ESG), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Pejabat Digital SG (SDO) baru-baru ini. Ikuti kisah dua pegerai ini yang mengongsi pengalaman mereka menawarkan kaedah pembayaran tersebut.
Feb 25, 2021 | 05:30 AM



SETELAH lama mencari rezeki dalam pelbagai pekerjaan, Cik Rahima Beevi, 50 tahun, membuat keputusan membuka sebuah gerai menjual daging lembu berdekatan gerai bapanya sekitar dua tahun lalu.



Cik Rahima merupakan pemilik gerai Tazmeen Beef Stall yang menjual daging lembu, manakala bapanya, Encik Mohd Faruk, 72 tahun, adalah pemilik gerai Faraz Ahmed Mutton Stall yang menjual ayam dan daging kambing di Pasar Pek Kio di Serangoon.



"Bapa saya telah berkecimpung dalam bidang menjual daging selama melebihi 20 tahun. Beliau pernah mempunyai gerai di kawasan Hougang, kemudian bekerja di gerai orang lain, antaranya di Pasar Tekka.



"Sekitar dua tahun lalu, kami membuat permohonan gerai di Pasar Pek Kio dan berjaya mendapat dua gerai di sini," kata Cik Rahima, ibu seorang anak perempuan dan nenek dua cucu.



Cik Rahima pernah bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat dan sebagai guru tadika di sekolah antarabangsa serta memiliki sebuah kafe Internet selama tujuh tahun sebelum menutup kafe tersebut.



Berkongsi tentang perbezaan bekerja dalam suasana pejabat berbanding di pasar, Cik Rahima berkata:



"Bekerja di pasar memberi suasana berlainan. Apabila bekerja di pejabat, anda seakan mempunyai barisan tugas yang perlu diselesaikan pada setiap hari, tetapi saya berasa bebas di pasar.



"Saya jumpa pelbagai macam orang di pasar dan cara berinteraksi dengan pelanggan juga berbeza," kata Cik Rahima.



Namun, beliau berkata bapanya yang selalu memotong daging lembu di gerainya, manakala beliau membantu mencencang daging dan menjualnya kepada pelanggan.



Katanya lagi, mereka yang membeli daging lembu di Pasar Pek Kio segolongan besar adalah penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu dan mereka biasanya membeli daging secukupnya buat jamuan keluarga.



Bapanya pula, kadangkala, membekalkan ayam dan daging kambing untuk acara kecil-kecilan.



Namun, perniagaan mereka terjejas dengan kurangnya pelanggan semasa tempoh Pemutus Litar.



Ini mendorong beliau menawarkan khidmat penghantaran dengan mengambil tempahan melalui WhatsApp bagi memenuhi permintaan pelanggannya.



Justeru, beliau berasa penting baginya memahami wadah digital dan terbuka menyediakan khidmat e-pembayaran menerusi kaedah Kod Respons Pantas Singapura (SGQR) buat gerai beliau dan gerai bapanya, baru-baru ini.



"Saya sendiri pernah melihat pelekat SGQR ini di kedai-kedai lain dan fikir ia baik untuk pelanggan yang tidak mempunyai wang tunai. Saya juga kadangkala berbelanja melalui e- pembayaran.



"Jadi, saya fikir ia satu peluang baik buat pelanggan yang ingin membeli daging melalui kaedah e-pembayaran SGQR," kata Cik Rahima.



Beliau berharap perniagaan mereka kembali rancak seperti sebelum keadaan pandemik koronavirus Covid-19 dan kaedah e-pembayaran SGQR ini dapat membantu meningkatkan penjualannya semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >