HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan rumah privet masing-masing meningkat pada suku kelima berturut-turut pada suku kedua tahun ini meskipun pada kadar lebih perlahan berbanding suku pertama.
Menurut perangkaan awal HDB, harga flat jualan semula meningkat 2.8 peratus pada suku kedua dari April hingga Jun, berbanding kenaikan 3 peratus pada suku pertama.