Dengan lebih ramai orang kini duduk di rumah, lebih banyak pesanan makanan dibuat dalam talian sebagai alternatif bagi individu menikmati juadah di restoran kegemaran mereka semasa tempoh pemutus litar. Ini membuat industri penghantaran makanan mengalami 'ledakan', bukan hanya dari segi jumlah pesanan yang diterima, malah juga bilangan restoran dan pekerja yang bertambah. Ikuti laporan berikut yang meneroka tentang isu 'ledakan' dalam industri itu.
PERMINTAAN bagi penghantaran makanan telah meningkat semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan ini, dengan tiga pemain utama industri - GrabFood, foodpanda dan Deliveroo - melaporkan kenaikan dalam pesanan makan dan jumlah pekerja baru.