Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Uncategorized
41
0

Hidangan ‘Mak Cik Bismillah’ tarik minat pelanggan

Feb 05, 2024 | 10:48 AM



Sudah menjadi kebiasaan untuk Cik Zaleha Mohamed Petir, 65 tahun, mengucapkan bismillah ketika bekerja sehingga pelanggannya memanggilnya ‘Mak Cik Bismillah’.

Cik Zaleha telah mula bekerja di kedai menjual hidangan Barat, Chicken Supremo, yang kini terletak di Blok 493, Jurong West Street 41, sejak 1999.

Amalan Cik Zaleha mengucapkan ‘bismillah’ telah menjana populariti dalam kalangan pelanggannya sehingga ada yang tercari-cari kedai yang bernama “Mak Cik Bismillah.”

“Ada satu kali tu, ada orang bertanya kepada saya, ‘Cik, mana kedai Mak Cik Bismillah?’ Mereka fikirkan Mak Cik Bismillah tu nama kedai, tapi saya beritahu mereka itu gelaran saya. Nama kedai, lain,” gelak ibu dua anak dan nenek kepada enam cucu itu.

Chicken Supremo terkenal dengan juadah old-school western atau makanan klasik Barat.

Hidangan chicken chop yang diiringi kentang goreng, sayur ‘coleslaw’, kacang panggang dalam sos tomato dan juga roti ban dijual pada $5 sahaja.

Menurut pemilik kedai itu, Encik Soh Chin Soon, 63 tahun, harga jualannya telah dinaikkan dua kali dalam tempoh dua tahun ini. Tetapi, beliau berkata kenaikan harga itu sangat minimum.

“Untung sikit sudah cukup, tak perlu banyak,” kata Encik Soh, yang telah menjual hidangan Barat sejak 1991, di bawah francais Do & Me, sebelum mendapat sijil halal pada 1998.

Dalam satu hari, Encik Soh berkongsi beliau menjual sekitar 150 hidangan chicken chop.

Ayamnya tidak kering dan sosnya tidak terlalu manis, dengan perisa manis dan masin yang seimbang.

Roti bannya pula sangat berlemak dan teksturnya garing di luar dan lembut di dalam. Sayur coleslaw juga manis dan berkrim.

Encik Soh berkata beliau akan tiba di kedainya pada sekitar 9 pagi dan pulang selewatnya pada 1 pagi, menyiapkan bahan perniagaan pada hari seterusnya.

“Apabila pelanggan buat pesanan, itulah masanya kita masak. Kita tidak masak dan simpan sebelum dipesan pelanggan. Dan itu juga yang buat masa menunggu agak lama,” jelas Cik Zaleha.

Infobox on ‘Info Kedai’


  • Alamat: Blok 493, Jurong West Street 41, #01-02 / 03, Singapura 640493
  • Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 1.30 petang hingga 10 malam



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >