MEREKA yang gemar berbuka puasa di luar kini mempunyai satu pilihan baru.
Restoran Katong Kitchen di Hotel Village Katong di Marine Parade Road menawarkan bufet Ramadan buat julung-julung kalinya selepas ia mendapat sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Mei tahun ini.