Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

'Hijrah' sarat iktibar kemaafan, penyesalan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

REVIU FILEM

'Hijrah' sarat iktibar kemaafan, penyesalan

Oct 26, 2021 | 05:30 AM

JANGAN biarkan hati membeku sehingga berat memaafkan anak atau adik sendiri.

Tatkala hati terbuka berbuat demikian, insan tersayang mungkin tidak dapat mendengar kata-kata "Aku maafkan kau..." kerana sampai masanya menyahut panggilan Ilahi.

Dia pergi buat selama-lamanya membiarkan kita dibelenggu jiwa penuh penyesalan.

Sedikit sebanyak inilah yang dihadam sebagai bekalan yang merentap tangkai hati selepas menonton filem ringkas arahan Husin Saaban, Hijrah, yang ditugaskan Wisma Geylang Serai (WGS) sempena Pesta Filem Geylang Serai (GSFF).

Sememangnya, Husin memilih tepat pelakon utama, Fir Rahman, bagi menggalas peranan sebagai Imran anak nakal yang akhirnya bertaubat tetapi terlambat diberi kemaafan oleh ibu dan kakaknya.

Fir, yang memang dikenali berkesan lakonannya sebagai antagonis ataupun dalam watak penuh penyesalan yang memerlukannya menitiskan air mata, mencorak Imran sebagai seseorang yang banyak berubah pada saat akhir kehidupannya.

Daripada pencuri, kaki pukul dan orang yang banyak hutang, dia menjadi pekerja amanah yang sanggup berkorban buat rakan sekerjanya meskipun dia tahu teman itu iri hatikan keadaannya yang disayangi majikan.

Daripada anak yang membebani emosi ibu dan kakaknya dengan amarah dan kesedihan, dia menjadi seseorang yang rajin beribadah dan tidak putus berdoa agar kesalahannya dimaafkan.

Dalam masa setengah jam, air mata penonton mampu mengalir deras melihatkan kesungguhan seseorang yang menyesali tindakannya, ingin meminta maaf tetapi mendapati pintu hati dua orang tersayang masih tertutup buatnya.

Syabas buat Husin yang lebih dikenali kerana naskhah komedi hasil percubaan menyajikan tentang isu kemaafan dan taubat, dua isu yang mengetuk pintu hati manusia matang tatkala mengenang dosa-dosanya.

Selain Fir, kehadiran pelakon veteran Zaliha Hamid (ibu), Joe Jasmi (sahabat yang menumpangkan Imran di rumahnya), Norsiah Ramly (kakak) dan Husin sendiri (majikan Imran) serta penyanyi Ryzall Noh (teman sekerja yang iri hati) menguatkan lagi Hijrah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3