Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH (MAI)

Ibu bapa digalak terlibat dalam pendidikan anak

MAI
Oct 14, 2022 | 05:30 AM



PEPATAH tersohor yang berbunyi "it takes a village to raise a child", menggambarkan kepentingan tanggungjawab seluruh komuniti dalam usaha pembentukan seseorang kanak-kanak.



Pepatah ini telah memberi ilham kepada Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) untuk meningkatkan kerjasama dengan ibu bapa dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan para pelajar.



Pelbagai strategi dan program pemangkin semangat telah dilakukan untuk mengeratkan hubungan komuniti secara langsung, khususnya dalam kalangan ibu bapa, pelajar dan madrasah.



Antaranya, MAI menjemput ibu bapa ke program Induksi Menengah Satu yang melibatkan sesi penyerahan mushaf daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka.



Mushaf ini bukan sahaja digunakan setiap pelajar selama empat tahun untuk program harian Ihya Al-Quran, malah merupakan sesuatu penyerahan yang simbolik daripada ibu bapa kepada pelajar, sebagai satu amanah untuk menjadikan Al-Quran sebagai sebahagian daripada hidup mereka.



Memahami kepentingan nilai keterlibatan ibu bapa, MAI amat menggalakkan kehadiran ibu bapa di sesi perjumpaan guru-ibu bapa yang diadakan hampir setiap penggal untuk memberi maklum balas mengenai pencapaian pelajar dan perkembangan seterusnya.



Ibu bapa yang berkebolehan turut menyumbang masa dan tenaga menjadi pelatih dalam berbagai-bagai aspek pembangunan diri pelajar.



Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka adalah Encik Nailul Hafiz, yang hingga kini menjadi jurulatih untuk program kepimpinan pelajar MAI, biar pun anaknya telah tamat pengajian di MAI pada tahun 2020.



Bagi meningkatkan lagi penglibatan ibu bapa, mereka juga dijemput meraikan Majlis Kepimpinan Pelajar, yang mana ibu bapa diberi keistimewaan untuk menyematkan lencana ketua pelajar pada pakaian seragam anak masing-masing.



Malah, penglibatan ibu bapa juga dirasa dalam projek wawancara kerjaya pelajar menengah tiga, di mana perkongsian tentang kerjaya menguatkan lagi komunikasi dan perhubungan antara ibu bapa dengan anak mereka.



Kepelbagaian program ini membuktikan komitmen tinggi daripada Madrasah Al-Arabiah untuk menggerakkan penglibatan antara ibu bapa dengan madrasah secara meluas bagi membantu pengukuhan sistem pendidikan pelajar di madrasah.



Ia juga mampu memberi gambaran kepada ibu bapa tentang perjalanan pendidikan anak-anak mereka, sekaligus memupuk komunikasi secara terbuka dan berfungsi sebagai titik permulaan interaksi yang baik antara ibu bapa dengan pendidik.



Mengulas lanjut mengenai kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan, pengetua MAI, Encik Herman Cher Ma'in berkata:



"Pelbagai kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa di sekolah membawa hasil yang lebih baik untuk pembelajaran kanak-kanak.



"Kanak-kanak adalah amanah bagi setiap umat Islam dan tanggungjawab itu merupakan satu anugerah yang besar.



"Sebagai seorang pendidik dan ibu bapa, kita perlu memastikan mereka bekerja keras dan produktif dalam menuntut ilmu pengetahuan.



"Apa yang paling penting, mereka dapat menjadi individu yang lebih bertakwa kepada tuhan, seterusnya menjadi aset bernilai kepada ummah."



Sebagai sebuah institusi yang sangat bergantung pada sumbangan masyarakat, wabak Covid-19 ini juga telah menjejas usaha MAI untuk mengumpulkan dana.



Selain kos operasi, dana masih diperlukan untuk melengkapkan keperluan kampus baru MAI yang mula beroperasi tahun 2020, dan juga mempertingkat sistem pembelajaran para pelajar di madrasah ini.




CARA MENYUMBANG



- Kirimkan cek atas nama 'Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah'. Tuliskan nama dan nombor telefon di belakang cek untuk madrasah sampaikan salinan resit derma.



- Lakukan pemindahan wang ke akaun OCBC 591-10703-2001. Kirimkan nama, alamat dan nombor telefon anda ke admin@mai.sg untuk madrasah sampaikan salinan resit derma.



- Derma di kaunter madrasah di 3 Lorong 6, Toa Payoh, Singapura 319378.



- Derma menerusi PayNow di aplikasi perbankan menggunakan nombor UEN T08GB0028LMAI.



- Telefon 6744-4749 atau WhatsApp ke 8474-7000 untuk pengambilan derma di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >