Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

QUINNLI916 GOLD

Ibu dua anak jual barang kemas 916 dalam talian

Aug 19, 2022 | 12:27 AM



JARANG orang membeli barang kemas dalam talian kerana mereka khuatir tentang keasliannya.



Namun, penjual barang kemas dalam talian, Cik Nurzulaykha Mohamad Noor, 33 tahun, berkata pembeli boleh mengesahkan ketulenan barang kemas 916 dengan memastikan agar barang kemas itu terukir dengan setem angka 916.



Katanya lagi, pembeli juga boleh mendapat pengesahan tentang nilai barang kemas tulen di kedai pajak atau kedai-kedai barang kemas lain.



Selain itu, penjual barang kemas tulen di Singapura dikehendaki mempunyai sijil pendaftaran peniaga terkawal bagi batu permata dan logam berharga dari Kementerian Undang-Undang, menurut Cik Nurzulaykha.



Cik Nurzulaykha mempunyai sijil pendaftaran peniaga terkawal bagi batu permata dan logam berharga dari Kementerian Undang-Undang sejak Ogos 2020.



Beliau juga telah menjalani latihan Pembelajaran Pematuhan (keperluan berasaskan transaksi) untuk sektor pengedar batu berharga dan logam berharga anjuran Kementerian Undang-Undang.



Lantaran itu, Cik Nurzulaykha memberi jaminan bahawa barang kemas seperti anting-anting, gelang dan gelang berantai yang dijual melalui laman Facebook dengan nama QuinnLi916 Gold itu tulen dengan setiap produk terukir setem 916.



Barang emas 916 adalah emas 22 karat. Nombor 916 sebenarnya digunakan untuk menunjukkan keaslian emas di dalam produk yang bermaksud 91.6 gram emas tulen dalam setiap 100 gram alloy (bahan logam).



Mengulas minatnya dalam barang kemas tulen, ibu dua anak berusia tujuh dan 12 tahun itu, yang bertugas sepenuh masa di dalam industri penjagaan kesihatan, berkata:



"Arwah nenek saya, Cik Fatimah Abdullah, yang menghadiahkan cincin emas pertama saya semasa saya berusia 13 atau 14 tahun. Arwah nenek cakap, emas itu ada nilai dan ia boleh membantu kita pada saat-saat kita perlukan wang."



Katanya lagi, oleh kerana beliau banyak meluangkan masa bersama Allahyarhamha neneknya yang mengalami masalah kesihatan dan terpaksa duduk di kerusi roda, beliau sedar tentang nilai barang kemas apabila Allahyarhamha mengajaknya ke kedai pajak.



EMAS BANTU SAAT SUSAH



"Arwah nenek cakap dia perlukan duit untuk membayar kos perubatannya dan dia pun gadai barang kemas emasnya. Pada saat itu, barulah saya faham emas sangat bernilai dan boleh membantu kita pada saat-saat susah," kata Cik Nurzulaykha.



Kian meningkat dewasa, Cik Nurzulaykha bertambah minat tentang barang kemas.



Lantas, beliau mempelajari selok-belok perniagaan barang kemas, pasang surut harga emas, trend reka bentuk emas terkini, cara membuat emas dan berusaha mengenali tukang emas dan peniaga emas.



Beliau mula tertarik menjual barang kemas tulen selepas beliau membantu salah seorang ibu saudaranya mencarikan sejenis rekaan barang kemas daripada emas tulen.



Kini, dalam tempoh dua tahun beliau menjual barang kemas daripada emas tulen, beliau sudah mempunyai beberapa pelanggan tetap.



Menurutnya, segolongan besar pelanggannya terdiri daripada kaum Hawa berusia 30-an tahun ke atas. Ada juga pelanggannya merupakan golongan suami yang membelikan barang kemas sebagai hadiah buat isteri mereka.



"Oleh kerana saya menjual barang kemas daripada emas tulen di dalam talian, pelanggan mudah menanyakan saya pelbagai soalan.



Ini membuat pelanggan berasa senang, terutama buat golongan suami yang mungkin pertama kali membeli barang kemas emas tulen buat isterinya.



"Saya juga cuba memberi perkhidmatan pelanggan yang baik dengan menawarkan perkhidmatan percuma dan jika saya tahu ia hadiah ulang tahun, saya akan sertakan bunga misalnya, buat si isteri," kata Cik Nurzulaykha.



Dengan layanan mesra Cik Nurzulaykha, beberapa pelanggannya kini menganggapnya sebagai kawan.



Justeru, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pelanggannya serta suami, ibu bapa dan ahli keluarganya yang telah menyokong dan mendoakannya.



DERMA BUAT ANAK YATIM



Cik Nurzulaykha menambah bahawa beliau akan menjual barang emas tulennya secara langsung pada setiap Jumaat, Ahad dan Isnin menerusi Facebook Live.



Semasa sesi jualan Facebook Live ini, Cik Nurzulaykha akan mendermakan $2 bagi setiap pembelian kepada anak-anak yatim.



"Dengan menderma $2 bagi setiap pembelian kepada anak-anak yatim, dapatlah pelanggan membeli-belah sambil beramal," kata Cik Nurzulaykha.



Dengan itu, beliau berharap agar lebih ramai mencuba membeli barang kemas dengan emas tulen dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >