ALOR SETAR: Istana Kedah, yang memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memanggil semua wakil rakyat pembangkang ke sebuah mesyuarat pada Selasa (2 Feb), setelah tiada keputusan dicapai pada Isanin mengenai penggantian beliau.
Perkembangan mengejutkan itu, yang dilaporkan berita The Malaysian Insider, berlaku sehari selepas Jemaah Pemangku Raja Kedah menemui 21 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri pada Isnin.