Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Jasa guru veteran yang aktif bidang kesatuan diiktiraf

Guru kanan RI, Abdul Malek Ahmad, yang juga Setiausaha Agung KGMS, terima Bintang Komrad Pekerja
Apr 23, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM ini, pelajar-pelajar Cikgu Abdul Malek Ahmad melihatnya giat menyumbang tenaga dan melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan.



Kini, bekas pelajarnya yang menjadi guru turut tampil sebagai rakan seperjuangannya dalam Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS).



Dedikasi dan sumbangan Cikgu Malek sebagai seorang pemimpin kesatuan, termasuk usahanya memupuk pemimpin muda, diiktiraf dalam Anugerah Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Cikgu Malek, 54 tahun, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung KGMS sejak 2006, menerima Bintang Komrad Pekerja.



Beliau memberitahu Berita Harian apa yang mendorong beliau untuk terus berkhidmat selama ini ialah peluang berbakti kepada masyarakat, warga guru dan pelajar secara umum, serta anggota KGMS secara khusus.



"Saya bersyukur kerana diberi peluang melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, menimba ilmu daripada rakan-rakan kesatuan yang lain dan berkongsi pengalaman dengan para guru, pelajar dan masyarakat," kata Cikgu Malek, yang juga seorang guru kanan di Institusi Raffles.



Sebagai pemimpin, Cikgu Malek melihat peri pentingnya usaha memupuk pemimpin muda sebagai pelapis.



Antara anggota jawatankuasa pengelola KGMS yang merupakan bekas pelajarnya termasuk Cik Nurhazimah Abdul Halim, Encik Iskandar Abu Bakar Shah, Cik Nur Amirah Abdul Aziz, Cik Nurul Amelia Akhtiar, dan Cik Norasiken Mohd Noor.



Semasa mereka berada di bangku sekolah, Cikgu Malek sendiri yang mengajak mereka melibatkan diri dalam kerangka Nilai dalam Tindakan (VIA) yang digalakkan di sekolah.



"Mereka memperoleh manfaat dan pengalaman yang tidak ternilai apabila mereka melakukan kerja-kerja kemasyarakatan tersebut.



"Sekarang, apabila mereka telah menjadi guru, mereka pula teruja untuk berkhidmat sebagai anggota jawatankuasa pengelola KGMS dan meneruskan bakti mereka kepada masyarakat, warga guru dan pelajar," kata Cikgu Malek.



"Pemimpin silih berganti. Tiada yang kekal. Kita perlu sediakan golongan pelapis untuk mengambil alih pucuk pimpinan KGMS," katanya lagi.



Sebagai pemimpin kesatuan, antara kes yang dikendali Cikgu Malek termasuk kes melibatkan tuduhan salah laku terhadap anggota KGMS, penggredan yang tidak adil atas kelakonan anggota, dan permohonan untuk bertukar sekolah.



Satu kes yang tidak dapat dilupakan, kata Cikgu Malek, ialah kes seorang ahli yang telah diberi gred kelakonan yang rendah sebab hal yang berkaitan cuti.



Kes ini telah dapat diuruskan KGMS dengan baik dan ahli tersebut telah mendapat gred kelakonan yang lebih baik.



Sebagai sebuah kesatuan sekerja, kebajikan ahli akan tetap menjadi keprihatinan KGMS yang utama, kata Cikgu Malek.



"Kami akan menyokong usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan profesionalisme ahli-ahli kami dan menganjurkan kegiatan yang relevan yang boleh menambah nilai kepada kerjaya perguruan mereka," ujar Cikgu Malek.



Sebagai sebuah badan Melayu/Islam, KGMS juga akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti rangkaian MKuasaTiga (M3), kata Cikgu Malek.



Isterinya, Cik Noryati Abd Rasid, juga merupakan seorang guru dan anggota KGMS juga. Mereka mempunyai empat anak - dua perempuan dan dua lelaki.




MENGENAI ANUGERAH
"Saya bersyukur kerana diberi peluang melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, menimba ilmu daripada rakan-rakan kesatuan yang lain dan berkongsi pengalaman dengan para guru, pelajar dan masyarakat."



USAHA TARIK PELAPIS DI KGMS
"Tiada yang kekal. Kita perlu sediakan golongan pelapis untuk mengambil alih pucuk pimpinan KGMS."



PERANAN KGMS



"Kami akan menyokong usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan profesionalisme ahli-ahli kami dan menganjurkan kegiatan yang relevan yang boleh menambah nilai kepada kerjaya perguruan mereka."
- Cikgu Abdul Malek Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >