MALAYSIA menutup sekolah di tiga negeri dan beberapa daerah besar di seluruh negara pada Isnin (19 Okt) kerana masalah jerebu berulang melebih paras 'tidak sihat'.
Langkah itu diambil sedang api yang membakar hutan dan tanah gambut di Sumatera dan Kalimantan tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan seminggu selepas usaha pelbagai negara memadam kebakaran di Indonesia bermula.