Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BHalal: Ruang Info Halal

Jewel saji pilihan luas makanan halal

Jewel Lapangan Terbang Changi bukan hanya tumpuan bagi pelancong luar negara yang mahu menikmati tarikan hiburan dan beli belah bertaraf dunia, ia juga tumpuan warga tempatan yang gemar menikmati hidangan di pelbagai restoran di sana
Nov 03, 2019 | 05:30 AM



Industri halal bukan sekadar memberi manfaat kepada warga tempatan bahkan juga pengunjung Muslim dari serata dunia. BHalal meninjau kemudahan makanan dan minuman di ikon beli belah Jewel Lapangan Terbang Changi bagi pelancong dan penduduk Muslim. Dalam penerbitan ini kami juga mengajukan beberapa soalan kepada Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy mengenai ehwal halal. ADLI YASHIR KUCHIT (adli@sph.com.sg) melaporkan



TARIKAN Rain Vortex di Jewel Lapangan Terbang Changi merupakan air terjun tertutup tertinggi dunia yang menarik ramai orang merakamkan 'detik Instagram', manakala taman kanopi di pusat beli belah itu merupakan tarikan yang juga mendorong pengunjung kembali.



Jewel kini menjadi salah satu ikon yang dikenali di Singapura.



Pusat yang dibina dengan kos $1.7 bilion, secara rasmi dalam satu majlis baru-baru ini.



Kompleks beli-belah seluas 135,700 meter persegi itu menampung lebih 280 kedai dan pusat makanan dan minuman, permainan menarik, hotel dan kemudahan penerbangan mengelilingi salah satu taman tertutup terbesar Singapura.



Air terjun Rain Vortex setinggi 40 meter - air terjun dalam bangunan tertinggi di dunia - kini merupakan tarikan utama Jewel yang sering muncul dalam gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial.



Dalam kalangan pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Changi, ramai yang singgah di Jewel untuk menikmati pelbagai tarikan di situ.



Selain Rain Vortex terdapat juga tarikan seperti Hedge Maze, Mirror Maze, Foggy Bowls dan Pengalaman Studio Changi.



Bagi pelancong yang mempunyai tempoh transit agak panjang, mereka juga boleh menginap di hotel YotelAir.



Namun bukan sahaja pelancong luar negara yang mengunjungi Jewel, bahkan, pusat beli belah itu juga menjadi tumpuan warga setempat lebih-lebih lagi pada hujung minggu.



Daripada kedai-kedai yang menawarkan barangan mewah hingga kedai yang menyediakan produk untuk setiap lapisan masyarakat, pengalaman beli belah di Jewel tidak kurang hebat.



Bagi warga Muslim, Jewel juga menawarkan pelbagai pilihan restoran yang mempunyai sijil halal.



Selain restoran makanan segera terdapat juga restoran yang menyediakan sajian barat dan Asia.



Bagi mereka yang inginkan makanan segera kerana mahu bergegas ke pintu berlepas, terdapat pelbagai pilihan restoran makanan segera di Jewel.



Peminat daging panggang misalnya boleh ke Burger King untuk menikmati burger Whopper dengan daging panggang berserta sayuran dan tomato.



Mereka yang inginkan ayam goreng pula boleh singgah di restoran KFC atau Jinjja Chicken menawarkan pelbagai pilihan makanan segera.



Antara tarikan Jinjja Chicken ialah ayam goreng dengan sos pedas yang diberi nama Monster.



Tidak kurang juga restoran yang menyajikan makanan Asia.



Kepingin makanan Thai? Saap Saap Thai mempunyai pelbagai sajian yang digemari ramai seperti Thai Boat Noodles dan tomyam.



Pelanggan yang ingin menikmati hidangan Vietnam pula boleh singgah ke So Pho yang menawarkan hidangan mi sup daging dan popiah basah.



Terdapat juga Hidangan Nanyang yang disajikan di Restoran Four Seasons Durians.



Jewel juga mempunyai restoran Sama Sama by Tok Tok yang menawarkan masakan Indonesia.



Sementara peminat makanan Eropah atau barat juga mempunyai pelbagai pilihan.



Sebagai contoh, ElFuego by Collins menyediakan pelbagai hidangan daging panggang atau makanan laut yang dimasak mengikut resipi barat.



Mereka yang gemar manisan juga tidak ketinggalan. Earle Swensen's misalnya mempunyai senarai aiskrim dan hidangan manis yang menyelerakan.



Pendek cerita, Jewel menawarkan pilihan yang boleh memenuhi pelbagai cita rasa dan selera.



Berikut antara restoran di Jewel yang mempunyai sijil halal:



BURGER KING

#B2-235/236



Burger King baru-baru ini memperkenalkan burger Avocado Tendergrill Chicken yang mengandungi kepingan buah avocado, ayam panggang, tomato, bawang dah sayur salad, disajikan dengan roti bijan yang lembut. Menu lain termasuk burger daging dan ikan, salad, kepak ayam dan hidangan pencuci mulut. Tidak kurang popular ialah pilihan makanan ringan Burger King seperti Onion Rings, Hash Browns dan Cheesy Fries.



Buat masa ini, Burger King juga sedang menganjurkan acara amal untuk membantu golongan yang memerlukan. Bagi mereka yang ingin bersantai atau perlukan hidangan segera, Burger King pilihan yang menarik.



ELFUEGO BY COLLIN'S

#02-216



ElFuego atau api dalam bahasa Sepanyol menawarkan masakan halal Eropah dengan konsep dapur terbuka agar para pelanggan dapat menyaksikan cef menyediakan hidangan yang dipesan.



Antara tarikan dalam menu ElFuego ialah Live Boston Lobster (udang karang), Charcoal Grilled Australian Angus Tomahawk Steak (stik lembu) dan Seared Australian Baby Lamb Rack (rusuk kambing).



SAAP SAAP THAI

#B1-299



Restoran ini menampilkan masakan Thai yang digemari ramai. Peminat makanan Thai boleh menikmati masakan jalanan seperti ayam goreng, nasi goreng dan salad pedas, pencuci mulut dan minuman asli di restoran yang menggunakan konsep layan diri.



Antara hidangan yang popular ialah Thai Boat Noodles yang digandingkan dengan ayam atau daging lembu.



Saap Saap Thai menjanjikan rasa sebenar masakan Thai – manis, masam dan pedas.



EARLE SWENSEN'S

#03-219



Dengan mengambil inspirasi daripada bandar San Francisco di Amerika Syarikat, banyak menu di Earle Swensen's telah diilhamkan dengan pengaruh daripada bandar tersebut.



Earle Swensen's antara lain menawarkan bufet salad yang menyajikan pelbagai jenis sayuran buahbuahan dan saus salad buatan sendiri. Pelanggan yang memesan hidangan utama, berpeluang menikmati sajian di bufet salad tersebut. Earle Swensen's juga terkenal dengan pilihan aiskrim dan pencuci mulut yang menarik.



SO PHO

#B1-248



Anda tidak perlu ke Hanoi atau Ho Chi Minh City jika ingin menikmati masakan Vietnam.



So Pho (disebut So Fer) tidak kurang dengan masakan Vietnam yang memuaskan.



Antara hidangan popular di restoran ini ialah Pho Sliced Beef (mi sup daging), Summer Rolls (sejenis popiah basah) dan Banh Mi (roti baget dengan daging).



Jika anda inginkan makanan ringan pula, So Pho menawarkan ayam goreng bawang puti, ayam goreng serai dan popiah goerng. Selain itu terdapat juga hidangan utama seperti nasi daging panggang dan nasi ayam panggang.



JINJJA CHICKEN

#B1-247



Jinjja Chicken adalah rangkaian restoran Korea yang terkenal dengan ayam goreng Korea dan Jjajang Myeon (mi kacang hitam). Ayam goreng dihidangkan dengan pilihan sos pelbagai tahap kepedasan.



Bagi yang tahan pedas, sos tahap Monster mungkin memenuhi selera mereka. Diilhamkan oleh budaya makanan Korea yang kaya, Jinjja Chicken juga menghidangkan masakan Korea klasik seperti Bibimbap (nasi campur daging).



SAMA SAMA

BY TOK TOK

#03-225/226



Sama Sama by Tok-Tok menyajikan hidangan Indonesia. Tujuan restoran ini ialah menyediakan hidangan dari bandar-bandar seperti Bali, Madura dan Surabaya. Menu yang disediakan termasuk Soto Betawi, Soto Ayam Lamongan dan Rawon Surabaya.



Terdapat juga hidangan lain yang menarik seperti Ayam Bakar Taliwang, Bebek Goreng Ubud dan Sate Ayam Madura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >