Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JIMAT BERBELANJA DI FAIRPRICE

Haslinah berjimat dengan diskaun dan promosi

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



PADA setiap Khamis, Cik Haslinah Mohd Maulane, akan membeli barangan dapur di pasar raya FairPrice kerana beliau boleh mendapat diskaun sehingga tiga peratus dengan kad Chas biru.



Semasa membeli barang, beliau akan cuba mencari papan tanda 'Everyday Low Price' (Setiap Hari, Harga Rendah) atau promosi mingguan, 'Price Drop Buy Now' (Harga Turun, Beli Sekarang) untuk mendapat harga lebih rendah daripada biasa.



Seandainya, beliau ke pasar raya FairPrice pada hari-hari lain pula, beliau akan mengumpul mata, Linkpoints.



Berdasarkan jumlah mata Linkpoints yang terkumpul, beliau berupaya mendapat baucar wang dan boleh menggunakan baucar wang ini semasa membayar pembeliannya lalu berpeluang berbelanja pada harga yang lebih rendah.



Cik Haslinah yang selalu ke pasar raya FairPrice di Pusat Sivik Woodlands mengambil tahu tentang diskaun atau promosi yang ditawarkan untuk berjimat, apalagi dalam keadaan inflasi dan harga barangan dapur yang meningkat.



Cik Haslinah, 59 tahun, yang bekerja sebagai pentadbir pejabat tinggal bersama seorang abang dan mempunyai dua anak serta lapan cucu berusia dari setahun hingga 16 tahun. Beliau juga berbelanja untuk seorang abang iparnya yang kurang upaya dan menghantar barangan dapur itu ke rumahnya.



Cik Haslinah biasanya membeli 'nugget', marjerin, susu, bijirin, telur dan roti untuk cucunya, manakala mi segera dalam cawan, ham ayam belanda, biskut, roti, mentega dan keju untuk abang iparnya. Beliau akan membeli ayam, minyak dan rempah ratus untuk rumahnya.



Beliau juga membeli bahan masakan seperti ikan, daging dan sayur-sayuran di pasar raya itu.



Beliau telah membeli barangan dapur di FairPrice melebihi 20 tahun dan sangat tahu akan harga barangan. Lantaran itu, beliau akur semua harga barangan dapur sudah meningkat.



"Dulu harga 30 biji telur jenama Pasar, $5.75. Kini harganya $6.85. Tapi, harga ini masih lebih murah berbanding harga telur di pasar atau pasar raya lain yang melebihi $7 bagi 30 biji telur," kata Cik Haslinah.



Jenama Pasar adalah antara jenama milik FairPrice.



Jika sebelum ini beliau berbelanja sekitar $200 membeli barangan dapur di FairPrice pada setiap minggu, jumlahnya kini boleh mencecah sekitar $300 setiap minggu.



"Mujur saya ada kad NTUC dan dapat diskaun jika gunakan kad Chas biru. Pada setiap hujung tahun, saya dapat rebat hampir $100 dan saya akan gunakan rebat itu untuk membeli barang di FairPrice," kata Cik Haslinah.




CARA UNTUK BERJIMAT



EVERYDAY LOW PRICE



Harga untuk 50 barang terpilih melebihi 500 barangan keperluan harian setiap bulan.



PRICE DROP BUY NOW



Diskaun mingguan hingga 50 peratus. Diperbaharui setiap minggu.



SAVE EVEN MORE



Diskaun sepanjang minggu jika guna kad Generasi Perintis (PG) pada Isnin; warga emas pada Selasa; kad PG dan Generasi Merdeka (MG) pada Rabu; Chas biru pada Khamis dan "Stretch Your Dollar" pada Jumaat.



NEW & EXCLUSIVE



Produk atau promosi baru dan eksklusif.



JADI ANGGOTA FAIRPRICE



Ahli Link boleh menebus Linkpoints serta diskaun 50 peratus untuk barangan terpilih.



BARANGAN DAPUR



(Semua barangan berdasarkan iklan The Straits Times, Everyday Low Price pada 29 September)



2 pek isi semula detergen cecair pekat 1.5kg/1.6kg: $7.45

2 pek tisu muka lembut 2-ply FairPrice 4 x 200 keping: $6.50

Ikan salmon Pasar Chile Thawed Salmon 1kg: $29.90

Susu sejat krim penuh 395g: $1.70

Lobak merah yang sudah dibungkus Pasar: $1.90

Beras FairPrice Thai Fragrant White Rice 5kg: $6.50

Minyak Kanola FairPrice 5L: $19.60

Tisu dapur FairPrice Premium Kitchen Towel 6 gulung: $4.55

5 biji Epal Fuji China Pasar: $5.00

5 biji Oren Australia Navel: $4.00

Kentang Holland (China) 1kg: $1.35

2 tin serbuk susu Stage 3 Growing Up 800g: $98.00

3 pek air kelapa 1L: $12.60

3 lampin pakai buang (Tape): $79.80

2 makanan bayi 110g: $4.40

2 pencuci muka 2s x 170g n 1s x 50g: $14.90

2 syampu 620ml/720ml: $25.90



  • Penjimatan bulanan barang dapur

    $324.05 - $63.14 = $260.91

SIMPANAN DAN GANJARAN:



  • 33 peratus barangan Setiap Hari Harga Rendah dan 33 peratus barangan Stretch Your Dollar.

  • Penjimatan keseluruhan = $63.14 (19.4 peratus)

  • Penjimatan barangan Price Drop Buy Now adalah $59.85

  • 5 peratus diskaun Stretch Your Dollar: $1.96

    Mata Linkpoints diperoleh: 133 (bernilai $1.33)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >