Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15

Kehalusan memelihara kemesraan sebagai jiran

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana
37
3

Kehalusan memelihara kemesraan sebagai jiran

Feb 12, 2014 | 06:00 AM

HUBUNGAN Singapura-Indonesia berkocak keruh apabila sebuah kapal angkatan laut negara jiran terbesar di rantau ini dinamakan KRI Usman Harun. Nama itu sempena dua askar marin Osman Mohamed Ali dan Harun Said yang terlibat dalam pengeboman di MacDonald House, Singapura, sewaktu akhir Konfrontasi (1963-1965). Ia mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan 33 orang tetapi mencetuskan trauma yang bukan kepalang terhadap kerentanan Singapura yang kecil. Ia jelas satu tindakan pencerobohan dan jenayah. Sewajarnyalah kedua-duanya dikenakan hukuman mati oleh mahkamah.

Bagi Singapura, peristiwa itu merupakan satu episod hitam yang mahu dilupakannya demi membina semangat persahabatan dengan negara jirannya itu. Singapura dan Indonesia telah pun menjalin hubungan rapat sebagai jiran dan sesama anggota Asean. Tetapi, mengapa kini Indonesia tergamak mengocak keharmonian hubungan itu dan membiarkan luka lama berdarah kembali?

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3