Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM WATAN

Kemahiran pemasaran digital bantu peralihan kerjaya

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



Bekas kakitangan hotel raih manfaat daripada Program YouthTech bina kemahiran dalam bidang teknologi, digitalisasi Pandemik Covid-19 telah mempercepat penggunaan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan harian, dengan kemahiran digital kian penting. Demi membantu golongan belia yang berminat membina kemahiran teknologi dan digitalisasi, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Majlis Belia Kebangsaan (NYC) melancarkan program YouthTech. BERITA MINGGU memaparkan kisah dua belia yang menyertai program itu.



APABILA pandemik Covid-19 melanda pada awal tahun lalu, industri hotel dan hospitaliti (pelayanan) antara yang paling terjejas sehingga menyebabkan Cik Siti Nadhirah Rosli kehilangan pekerjaan selepas sekitar sedekad bekerja dalam industri itu.



Ketika itu, Cik Nadhirah bekerja dalam bidang pengurusan keuntungan pendapatan bagi sebuah jenama hotel di sini.



Walaupun pada mulanya rasa terkejut diberhentikan kerja pada Ogos tahun lalu, Cik Nadhirah berkata beliau sebenarnya sudah bersedia dari segi mental bahawa perkara itu akan berlaku dan tidak begitu terjejas kerana memahami kehilangan pekerjaannya bukan disebabkan prestasinya,tetapi kerana keadaan pandemik ini.



Selepas kejadian itu, Cik Nadhirah, 34 tahun, mula beralih mencari peluang dalam bidang kedua yang disukainya, iaitu pemasaran, dan ingin mempertingkat kemahiran dalam pemasaran digital.



Beliau kemudian ternampak iklan bagi Program YouthTech, yang menyediakan peluang latihan sepenuh masa membina kemahiran dalam bidang teknologi dan digitalisasi kepada belia berusia sehingga 35 tahun, dan memutuskan menyertainya.



"Dengan kemahiran pemasaran digital, ia bukan hanya menambah nilai kepada kemahiran yang saya sudah miliki dalam pengurusan pendapatan, bahkan ia boleh memberi peluang kepada saya membuat peralihan kerja kepada bidang berkaitan dalam kerjaya saya," katanya.



Di bawah program itu, Cik Nadhirah menjadi seorang pelatih bersama syarikat dasar awam AsiA Internet Coalition selama enam bulan sehingga Oktober lalu, dengan beliau melakukan pelbagai tugas.



Ini termasuk mempengerusikan bersama program melalui Zoom, mengendalikan pengemaskinian harian dalam akaun LinkedIn syarikat itu, dan menulis kiriman blog mengenai hal berkaitan teknologi.



Beliau juga berpeluang menjalankan projek dengan syarikat teknologi lain seperti bekerjasama dengan Facebook bagi sebuah projek untuk pasaran Asia Tenggara.



Meskipun rasa takut pada mulanya kerana tiada pengetahuan langsung dalam bidang dasar awam, Cik Nadhirah bersyukur rakan di tempat kerjanya banyak memberikan sokongan supaya beliau dapat menyesuaikan diri dengan pantas.



"Bahagian yang paling best sekali tentunya rakan sekerja. Mereka sentiasa mahu kami belajar, dan membuka minda.



"Satu nasihat yang diberikan kepada saya adalah 'jadikan hari ini sama ada yang terbaik atau yang terburuk dalam kehidupan anda; pilihannya terletak di tangan anda'. Saya juga diingatkan bahawa tidak kira betapa sukarnya perkara yang mungkin dirasakan, saya harus menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan menikmati perjalanannya," katanya.



Memandang ke hadapan, Cik Nadhirah berharap beliau boleh kembali kepada industri pelayanan, namun pada masa sama, bersedia dan terbuka mencuba pekerjaan dalam bidang lain, termasuk pemasaran digital.



Bagi mereka yang ingin menukar kerjaya kepada bidang teknologi dan digitalisasi, Cik Nadhirah berkata ia perlu bergantung pada minat mereka dan mereka harus jelas tentang apakah kerjaya yang mereka inginkan.



"Namun begitu, saya percaya digitalisasi akan memberi manfaat kepada semua. Tidak penting sama ada anda mengejarnya bagi satu kerjaya, tetapi untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi adalah berfaedah.



"Akhir sekali, ikuti arusnya dan nikmati perjalanannya. Harungi cabaran yang datang setiap hari satu persatu jika merancang bagi masa depan terlalu sukar bagi anda. Kita tidak tahu bagaimana keadaan akan berubah, oleh itu lihat saja ke mana kehidupan membawa anda," katanya.




"Dengan kemahiran pemasaran digital, ia bukan hanya menambah nilai kepada kemahiran yang saya sudah miliki dalam pengurusan pendapatan, bahkan ia boleh memberi peluang kepada saya membuat peralihan kerja kepada bidang berkaitan dalam kerjaya saya.
- Cik Siti Nadhirah Rosli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >