SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN), yang juga Timbalan Presiden sekarang menjalankan tugas Presiden Umno, menang selesa dalam pilihan raya kecil Rantau di Negeri Sembilan, dengan majoriti 4,510 undi setelah memperoleh 10,397 undi, malam Sabtu lalu.
Kemenangan beliau bermakna gabungan Pakatan Harapan (PH), yang memerintah selepas menjatuhkan kerajaan BN dalam pilihan raya umum (PRU) tahun lalu, mengalami kekalahan dalam tiga pilihan raya kecil berturut-turut tahun ini, sekali gus terus membayangkan kesukarannya menguasai undi Melayu.