KEPALA BATAS (Pulau Pinang): Beribu biji telur ayam bertaburan di Kilometer (km) 115.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dipercayai angkara seorang pemandu lelaki yang terlelap sebelum kenderaannya merempuh belakang lori membawa muatan itu pada 9 pagi kelmarin.
Dalam kejadian tersebut, pemandu terbabit, Encik Heng Tek Cheng tidak mengalami kecederaan manakala kereta yang dipandunya remuk teruk di bahagian hadapan.