Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Keseimbangan kemahiran insaniah, amali penting bagi bentuk pemimpin masa depan'

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



KESEIMBANGAN kemahiran insaniah atau soft skills seperti fleksibiliti dan ketangkasan serta kemahiran amali (hard skills) seperti kebolehan membuat keputusan sukar, berpandangan jauh dan komunikasi yang baik dianggap kemahiran utama bagi pemimpin masa depan yang berjaya.



Malah, sebanyak 49 peratus pemimpin perniagaan di Singapura mengatakan fleksibiliti atau ketangkasan menyesuaikan diri merupakan kemahiran paling penting bagi generasi pemimpin seterusnya mengharungi sekitaran mencabar yang terus mencengkam.



Ditanya sama ada kemahiran insaniah, kemahiran amali atau kombinasi kedua-dua perkara tersebut merupakan yang paling penting bagi perniagaan hari ini, 41 peratus pemimpin Singapura memilih kemahiran insaniah, 54 peratus memilih kombinasi kedua-duanya, dan hanya 5 peratus memilih kemahiran teknikal.



Berkongsi dapatan tersebut semalam melalui wadah Zoom dari Amerika Syarikat, Ketua Pegawai Pendidikan Eksekutif di Sekolah Perniagaan Ross, Universiti Michigan, Cik Melanie Weaver Barnett, mengulas:



"Dengan banyak penekanan yang diberikan terhadap kemahiran analitik, matematik dan pengekodan misalnya, kami agak terkejut dengan betapa ramainya yang menganggap kemahiran insaniah lebih penting, dan hakikat bahawa hanya 5 peratus pemimpin yang ditinjau mempercayai bahawa kemahiran teknikal adalah lebih penting.



"54 peratus percaya bahawa (kemahiran insaniah dan kemahiran amali) adalah sama penting, dan bukan itu sahaja, malah kedua-duanya adalah perlu. Sedikit sahaja yang menganggap kemahiran teknikal ialah paling penting dari segi kejayaan masa depan."



Universiti tersebut telah meninjau 100 pemimpin daripada syarikat berbilang negara dan domestik di Singapura - 55 peratus daripada mereka merupakan syarikat kecil, 21 peratus syarikat sederhana dan 24 peratus syarikat besar.



Dalam perkongsian tersebut, Cik Melanie berkata antara cabaran yang dikongsi pemimpin perniagaan di Singapura termasuk keprihatinan mengenai ketidaktentuan tingkah laku pengguna, kurangnya interaksi fizikal dengan pelanggan, memastikan motivasi dan penglibatan pekerja dalam dunia digital kini serta peningkatan e-dagang.



"Ini semua kemahiran yang berkaitan dengan kelestarian dan pertumbuhan perniagaan," kata beliau.



Pun begitu, beliau akur kemahiran insaniah boleh dipertingkatkan oleh kemahiran amali yang menjadi dasar kepadanya.



Misalnya, analitik data yang hebat (kemahiran amali) dapat meningkatkan kebolehan berpandangan jauh dan kemahiran membuat keputusan (kemahiran insaniah), jelas Cik Melanie.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >