KUALA LUMPUR: Selepas tertangguh enam bulan, presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Encik Arul Kanda Kandasamy, akhirnya muncul di hadapan sebuah jawatankuasa dwipihak parlimen pada Selasa (1 Dis) untuk menjawab soalan mengenai hal ehwal syarikat pelaburan kerajaan itu.
Berpuluh-puluh wartawan berkumpul di luar sebuah bilik mesyuarat di parlimen tempat beliau disoal oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selama empat jam, tetapi tidak ada perkara yang meletup.