Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA PENGIKLAN

Kona Hybrid ganding keunikan enjin petrol, tenaga elektrik

Oct 18, 2021 | 05:30 AM



MENAMPILKAN reka bentuk bertenaga dengan teknologi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam, pengeluar kereta Korea Selatan Hyundai baru-baru ini menghasilkan kereta yang berupaya memenuhi citarasa golongan muda.



Hyundai Kona Hybrid model yang dilancarkan baru-baru ini merupakan sebuah kenderaan comel yang dikuasai enjin petrol dan motor elektrik.



Meninjau reka bentuk kereta jenis SUV ini yang lebih kelihatan mahu memikat golongan muda yang lebih aktif dan inginkan kenderaan yang lebih mesra alam.



Reka bentuknya boleh dikatakan menarik dan moden.



Ruang di dalam pula setanding dengan kereta lain buatan Jepun atau Korea.



Dari sudut peralatan pula, ia dilengkapi dengan pelbagai sistem perhubungan, hiburan dan komunikasi yang terkini.



Ruang but di belakang kelihatan agak sederhana.



Kerusi belakangnya boleh dilipat untuk memberi ruang tambahan.



Tarikan utama kereta ini ialah ia dilengkapi dengan dua jenis penggerak.



Sebuah enjin petrol dan ada juga sebuah motor yang dikuasai elektrik - dikenali sebagai enjin hibrid.



Teknologi hibrid lebih daripada sekadar mengurangkan pelepasan, ia juga membantu menawarkan perjalanan yang lebih senyap dan lebih lancar.



Motor elektrik yang hampir senyap memberikan bantuan yang kuat bermakna enjin petrol tidak perlu berhempas pulas untuk menjana pecutan. Ini menghasilkan pengurangan bunyi yang ketara, getaran dan kekasaran yang sering dirasakan dalam kenderaan yang berkuasa petrol sepenuhnya.



Kedua-dua enjin dan motor elektrik bekerjasama dengan sokongan bateri untuk menjimat penggunaan petrol dan mengurangkan pencemaran alam.



Antara keistimewaan kereta Hyundai Kona Hybrid ini ialah ia mempunyai sistem yang bijak memilih sama ada menggunakan motor elektrik enjin, petrol atau kedua-duanya sekali.



Misalnya pada kelajuan yang rendah seperti di tempat meletak kereta atau di kawasan kejiranan, kereta ini akan menggunakan motor elektrik.



Namun, sekiranya anda perlukan tenaga pecutan, enjin petrol pula akan mengambil alih peranannya.



Hyundai Kona Hybrid juga mempunyai sistem pengecas semula bateri yang menggunakan putaran roda untuk menjana tenaga elektrik.



Hyundai tidak lokek dalam menawarkan pelbagai ciri keselamatan dalam kenderaan ini.



Sebagai contoh, isyarat akan menyala jika kereta ini terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan.



Enjin petrol 1.6 liter dengan empat silinder ini mampu menjana 96.7 kilowatt dan 265 Nm torque.



Dengan peralatan sedemikian, kereta ini berupaya memecut dari kosong hingga seratus kilometer sejam dalam masa 11.3 saat, dan ia berupaya mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam.



Hyundai Kona Hybrid ditawarkan dengan jaminan lima tahun dan baterinya pula mempunyai jaminan tempoh lapan tahun.



Hyundai kini menawarkan Kona Hybrid pada harga yang bermula sekitar $115 ribu.



Dengan adanya gerakan yang menggalak penggunaan kereta yang lebih bersih, Hyundai Kona Hybrid memberi peluang kepada pemandu memilih kenderaan mesra alam yang memanfaatkan enjin petrol dan juga kuasa elektrik.



Untuk maklumat lanjut kunjungi www.komoco.com.sg atau lawati bilik pameran Hyundai di 253 Alexandra Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >