KUALA LUMPUR: Lebih 100 peserta yang diketuai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lokman Adam, menyertai perarakan aman dari Bukit Aman ke Parlimen semalam sebagai memberi sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Muhammad V.
Datuk Lokman, yang menggunakan platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pemantau Malaysia Baru berkata mereka mahu memberi "sokongan moral" dan menunjukkan taat setia kepada Agong.