KUANTAN: Kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak selesai pada 3.20 pagi semalam.
Pemegang konsesi lebuh raya itu Anih Berhad bagaimanapun memaklumkan, laluan kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga dimaklumkan kelak atas faktor keselamatan, lapor Berita Harian Online semalam.