Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir mahu kemuka usul tidak yakin terhadap Muhyiddin di Parlimen

May 08, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mahu mengemukakan usul tidak yakin di Parlimen terhadap penggantinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila Parlimen bersidang pada 18 Mei.



Surat bertarikh 4 Mei yang dihantar oleh Tun Dr Mahathir kepada Speaker Dewan Rakyat Parlimen, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, menyatakan hasratnya untuk mengemukakan usul itu kerana Tan Sri Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti Anggota Parlimen untuk kekal sebagai perdana menteri .



Ini setelah Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sebelumnya meminta usul keyakinan terhadap Dr Mahathir dalam surat kepada Tan Sri Ariff yang menjadi tular di media sosial lewat kelmarin.



Tetapi usul oleh Datuk Seri Shafie, yang merupakan Anggota Parlimen Semporna di Sabah, ditolak oleh Speaker kerana tidak selaras dengan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan kewibawaan raja untuk melantik perdana menteri .



"Oleh itu, saya tidak akan membenarkan usul dibawa ke persidangan," kata Tan Sri Ariff.



Datuk Shafie semalam mengesahkan bahawa beliau telah mengirim surat itu, bertarikh 1 Mei, kepada Speaker setelah ditekan oleh wartawan di Sabah.



Tetapi presiden Parti Warisan Sabah itu enggan menjelaskan alasannya untuk meminta usul khas itu, dengan mengatakan perkara itu akan dibahas pada waktu dan tempat yang sesuai, lapor The Star.



Tarikh 18 Mei akan menjadi persidangan Parlimen pertama sejak kerajaan dikatakan pintu belakang Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan SriMuhyiddin mengambil alih daripada perikatan Pakatan Harapan.



Langkah oleh Dr Mahathir dan Datuk Shafie itu telah menghidupkan semula krisis politik yang bermula pada 24 Februari, apabila anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Mahathir - termasukTan Sri Muhyiddin - dan 11 penggubal undang-undang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan perikatan PH itu, menyebabkan PH kehilangan majoriti parlimennya.



PH kemudian digantikan oleh PN, sebuah pakatan yang dibentuk oleh Tan Sri Muhyiddin dengan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno dan Parti Islam SeMalaysia - parti-parti yang bukan sebahagian daripada perikatan PH yang memenangi pilihan raya umum terakhir pada Mei 2018.



Walaupun PN mengambil alih kekuasaan, PH menegaskan bahawa ia, bukan Tan Sri Muhyiddin atau PN, mendapat sokongan majoriti anggota parlimen.



Datuk Shafie tetap mesra dengan blok PH dan terus menyokong Dr Mahathir.



Parlimen satu hari itu akan menjadi ujian pertama sama ada kedua-dua pihak mendapat sokongan majoriti daripada 112 penggubal undang-undang yang diperlukan untuk mentadbir negara itu.



Sementara itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim semalam mengumumkan bahawa perikatan PH telah menamakannya sebagai ketua pembangkang, lapor The Star.



Datuk Seri Anwar membuat pengumuman itu dalam video yang disiarkan secara langsung di Facebook, dengan mengatakan bahawa perikatan itu telah memberitahu Parlimen bahawa beliau akan memimpin mereka.



"Keputusan telah diberitahu kepada semua parti pembangkang, termasuk satu puak Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Warisan Sabah, bahawa saya telah dinamakan sebagai ketua pembangkang sekali lagi," katanya.



Datuk Anwar memegang jawatan itu dari 26 Jun 2013 hingga 16 Mac 2015 semasa menjadi Anggota Parlimen Permatang Pauh.



Kini Anggota Parlimen Port Dickson, beliau menggantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Umno, yang memikul peranan itu semasa pemerintahan PH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >