Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID AL-AMIN

Seru masyarakat bersihkan hati, harta hulur derma dan wakaf kepada masjid

Mar 04, 2022 | 06:20 AM



SEBAGAI agama yang mulia, Islam mengajar umatnya agar bersikap dermawan dan rajin mengeluarkan sebahagian harta untuk disedekahkan atau diwakafkan. Namun, adakah pahala wakaf akan berkurangan, setelah barangan wakaf milik seseorang itu digantikan dengan yang lain?



Menjawab persoalan tersebut, Anggota Kumpulan Pemulihan Agama (RRG), Ustaz Abdul Manaf Rahmat, menerangkan bahawa tiada perubahan terhadap ganjaran harta yang diwakafkan, walaupun barangan wakaf tersebut sudah digantikan dengan yang baru.



Beliau menambah:



"Jika satu permaidani yang disedekahkan itu rosak dan digantikan dengan permaidani baru yang sama manfaatnya, maka pahala jariah tersebut akan tetap berlanjutan. Barang sahaja ditukar, tetapi fungsinya untuk memberi kemaslahatan kepada jemaah masjid, tetap berjalan seperti biasa.



"Justeru, usah bimbang dengan persoalan seperti ini kerana semua pewakaf akan memperolehi ganjaran daripada Allah Yang Maha Adil. Oleh itu, marilah bersama-sama mewakafkan apa yang termampu dan menjayakan projek peningkatan prasarana Masjid Al-Amin. Mudah-mudahan, segala usaha diberkati oleh Allah swt.



Sementara itu, Ketua Jabatan Dakwah Masjid Al-Taqua itu, yang pernah mengkaji ilmu tentang wakaf, turut menghuraikan perbezaan antara infak, sedekah dengan wakaf. Beliau berkata:



"Infak atau sedekah bermaksud kita memberi sesuatu yang dimiliki atau sayangi. Ia didasari dengan perbuatan memberi sesuatu yang membawa kebaikan kepada orang lain, khususnya mereka yang memerlukan.



"Wakaf pula adalah pemberian yang membolehkan manfaatnya dinikmati oleh umum. Wakaf juga merupakan salah satu amal jariah yang akan menghadiahkan pahala berterusan kepada pewakaf hingga akhir hayat.



"Di sebalik falsafah wakaf, ia bertujuan menyebar kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya, kita berwakaf dengan menyediakan peralatan yang diperlukan oleh masjid seperti air, elektrik dan sebagainya untuk kegunaan orang ramai. Selagi ia dimanfaatkan, maka pahalanya akan berterusan dan menjadi aset yang menjadi bekalan di akhirat.



"Jadikan masjid sebagai tempat mengumpul aset pahala anda kerana masjid adalah penguat kepada masyarakat Islam dan ia sangat penting untuk pembangunan kemahiran insan, kerohanian dan intelektual. Semoga Allah swt memberikan ganjaran pahala berlipat ganda ke atas usaha infak, sedekah dan wakaf seseorang Muslim."



Sesungguhnya, Allah swt menyukai orang yang berbuat baik di jalan-Nya, melalui sebuah firman dalam Surah As-Saff yang berbunyi:



"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (61:4)



Dengan keistimewaan sedekah dan wakaf yang dikhabarkan, Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Al-Amin, Encik Muhd Khairul Jameel Yahya, menyeru seluruh umat Islam Singapura menggembleng tenaga untuk membantu projek peningkatan Masjid Al-Amin.



Katanya:



"Marilah membersihkan hati dan harta yang diperolehi dengan menghulurkan sumbangan dan wakaf kepada Masjid Al-Amin. Selain itu, pihak masjid juga memohon masyarakat Islam Singapura bersama-sama menyebarkan maklumat mengenai Wakaf Iltizam kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang lain bagi menampung keperluan dana peningkatan masjid.



"Peluang bersedekah dan berwakaf tidak akan selalu datang. Sebab itu, umat Islam perlu berebut untuk mendapatkan ganjaran pahala yang besar ini. Insya-Allah, kami sentiasa memanjatkan doa buat semua jemaah dan dermawan dengan ucapan semoga anda sekeluarga sentiasa memperolehi keberkatan, kebahagian, rezeki yang luas dan kesihatan, selagi hayat dikandung badan serta kebaikan di dunia mahupun akhirat, amin ya robbal a'lamin."




CARA MENDERMA



Derma boleh dilakukan melalui:



  • Pemindahan wang ke dalam akaun semasa DBS dengan nombor 012-009859-6

  • PayNow UEN No: S91MQ0008B001

  • Secara langsung ke masjid (waktu pejabat); atau dari rumah dengan menghubungi talian 6272-5309.

Infak atau wakaf pula boleh dilakukan dengan:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >