Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID BENCOOLEN

Jualan eShop untuk kumpul dana masjid

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



MASJID Bencoolen memperkenal cara baru yang lebih berkesan untuk mengumpul dana peningkatan masjid.



Penubuhan eShop Masjid Bencoolen pada Februari 2021 lalu menjadi satu sistem terbaru untuk meraih dana daripada jemaah.



Sistem jualan dalam talian ini membolehkan jemaah membeli barangan keperluan ibadah melalui satu portal rasmi sahaja.



Bukan setakat itu, jemaah juga dapat membeli sambil beramal kerana segala sumbangan akan disalurkan kepada tabung peningkatan masjid.



Ekoran itu, Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, menyeru orang ramai agar menyokong jualan tersebut sebagai salah satu usaha membangunkan Masjid Bencoolen.



Beliau berkata: "Sambutan yang diterima melalui perkhidmatan eShop Masjid Bencoolen amat mengalakkan kerana produk yang dijual bertepatan dengan keperluan jemaah.



"Kami menyediakan barangan atau produk seperti kurma ajwa, tasbih koka, tasbih digital, Al-Quran dan koleksi set surah yang lengkap dengan tajwid.



"Kami turut menjual pelbagai jenis sejadah seperti sejadah Raudah Green, sejadah Raudah Red, sejadah Ravza White, sejadah Ravza Black dan banyak lagi."



Pelanggan boleh memilih dan membeli keperluan itu di laman sesewang rasmi Masjid Bencoolen.



Dalam keadaan masjid ditutup, Encik Mohamed Rafeeq berkata pihaknya merancakkan jualan di eShop supaya jemaah tidak perlu hadir ke masjid untuk menderma.



Sebaliknya, mereka boleh menderma secara dalam talian sahaja.



"Sebelum Ramadan berakhir, marilah kita mengejar pahala berganda dengan memperbanyak sedekah seperti menyumbang kepada masjid-masjid di Singapura, khususnya Masjid Bencoolen.



"Saya merayu kepada masyarakat Islam agar terus memberi suntikan kewangan bagi mencukupkan dana masjid.



"Seandainya kita menginfakkan hartanya pada jalan Allah swt, nescaya Allah swt akan membalas dengan seribu kebaikan atau lebih lagi. Sokonglah kami dengan derma anda," ujarnya.



Hasil sumbangan orang ramai, Masjid Bencoolen telah pun menjalankan beberapa peningkatan yang melibatkan penambahan ruang solat, tandas, lif, bilik darjah, sistem penyaman udara dan pelbagai lagi.



Kemudahan ke dewan solat untuk jemaah berkerusi roda turut disediakan bagi memberikan prasarana yang inklusif.



Pihak masjid masih lagi mengharapkan sumbangan masyarakat Islam bagi melengkapkan dana masjid yang memerlukan peruntukan sebanyak $1.3 juta.



Tambahan pula, penutupan masjid telah menyebabkan berlaku kemerosotan dana yang diperolehi daripada jemaah.




"Sambutan yang diterima melalui perkhidmatan eShop Masjid Bencoolen amat mengalakkan kerana produk yang dijual bertepatan dengan keperluan jemaah. Kami menyediakan barangan atau produk seperti kurma ajwa, tasbih koka, tasbih digital, Al-Quran dan koleksi set surah yang lengkap dengan tajwid. Kami turut menjual pelbagai jenis sejadah seperti sejadah Raudah Green, sejadah Raudah Red, sejadah Ravza White, sejadah Ravza Black dan banyak lagi."
- Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof.




HULUR DERMA HARI INI



  • Pemindahan wang ke akaun bank OCBC bernombor 506-010925-001; atau lawati https://masjidbencoolen. org/donate

  • Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar ke alamat 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapore 189630.

  • Hubungi talian 6333-3016 untuk sebarang maklumat lanjut dan layari Facebook@Masjid. bencoolen; atau Youtube@ masjidbencoolenTV.

  • Layari https://masjidbencoolen. org/eshop/ untuk mendapatkan produk jualan dari Masjid Bencoolen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >