Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Sedekad raih manfaat jalankan niaga rekaan di bawah Skim Pejabat Rumah

Sep 13, 2020 | 05:30 AM



Skim Pejabat Rumah telah diperkenalkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), masing-masing bagi membolehkan pemilik flat dan rumah privet menjalankan perniagaan di rumah. Perangkaan terbaru HDB dan URA menunjukkan bahawa jumlah pemilik yang menjalankan perniagaan di bawah skim ini telah meningkat. BERITA MINGGU (BM) meninjau beberapa peniaga yang menjalankan perniagaan menggunakan skim ini.




SELAMA sedekad menjalankan perniagaan rekaan dalaman dari rumah, pemilik dan pereka utama Facelift Design & Interiors LLP, Cik Amilia Gani, telah melakukan banyak projek rekaan dalaman, dengan nilai projek terbesar yang pernah dikendalikannya bernilai setengah juta dolar bagi rekaan dalaman sebuah asrama di Chinatown.



Menjalankan perniagaan dari kondominiumnya tidak sedikit pun menjejas tahap profesionalisme beliau, yang pernah bekerja di salah sebuah firma rekaan dalaman terbesar di Singapura sebelum memutuskan menjalankan perniagaannya sendiri.



Beliau merupakan antara peniaga yang memanfaatkan skim Pejabat Rumah Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) bagi perumahan privet. Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) juga mempunyai skim serupa bagi pemilik flat HDB.



Dari Januari hingga Ogos tahun ini, bilangan peniaga baru yang mendaftarkan rumah privet mereka di bawah skim itu mencecah lebih 670 berbanding 450 bagi tempoh sama tahun lalu, kata URA ketika ditanya Berita Minggu (BM).



Sehingga 31 Ogos lalu, lebih 5,990 telah mendaftarkan rumah privet mereka sebagai Pejabat Rumah berskala kecil.



"Dua puluh tahun lalu semasa saya bekerja makan gaji, waktu kerja panjang. Kalau ada tender, kami boleh bekerja sehingga 4 pagi. Ketika anak-anak saya masih kecil, saya memutuskan untuk berhenti kerja dan bekerja secara bebas. Semasa mengikut suami bekerja di Hong Kong dan Shanghai selama lapan tahun, saya juga terus menjalankan rekaan dalaman untuk pelanggan secara bebas. Setelah kembali ke Singapura pada 2009, saya memutuskan membuka pejabat di rumah,'' kata ibu tiga orang anak perempuan itu yang berusia antara 16 dengan 22 tahun.



Menurutnya, skim Pejabat Rumah menarik perhatiannya kerana beliau dapat mengimbangi masa untuk bekerja serta menjaga keluarganya. Sebuah bilik dikhaskan sebagai pejabatnya di kondominium beliau di Punggol.



Beliau mempunyai kakitangan yang juga bekerja dari rumah.



"Kadangkala mereka datang ke rumah saya, berjumpa di luar atau bertemu dalam talian untuk berbincang. Kebanyakan pelanggan saya mendapatkan khidmat saya setelah mendapat rujukan daripada orang lain. Mereka juga tidak meragui kemampuan saya menyediakan khidmat yang profesional hanya kerana saya menjalankan perniagaan di rumah,'' kata Cik Amilia.



Setiap tahun, beliau sering menyoal dirinya sendiri jika beliau memerlukan sebuah pejabat fizikal, tetapi beliau masih tetap merasakan skim Pejabat Rumah yang dimanfaatkannya cukup memadai.



"Setiap bulan, saya tidak perlu fikir mengenai bayaran sewa pejabat,'' katanya.



Facelift Design & Interiors hanya menawarkan khidmat rekaan dalaman dan akan merujukkan kepada kontraktor bagi menjalankan kerja ubah elok.



Mengakui dirinya amat disiplin ketika bekerja, beliau akan menjalankan tugas setelah anak-anaknya ke sekolah dan berehat atau makan tengah hari bersama mereka setelah mereka pulang dari sekolah.



Mengulas peningkatan peniaga yang memanfaatkan Skim Pejabat Rumah dari Januari hingga Ogos tahun ini, Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Cik Fadilah A. Majid berkata: "Disebabkan pandemik Covid-19, banyak perniagaan perlu sesuaikan perniagaan dalam norma baru dan mencari jalan untuk kurangkan kos seperti sewa. Ini mungkin satu sebab mengapa kenaikan itu berlaku. Krisis ini juga menganggu banyak model perniagaan tradisional dan menawarkan peluang bagi firma pemula memasuki pasaran ini.''



Beliua menambah ada juga peniaga yang menutup kedai mereka bagi menjalankan perniagaan di rumah.




Semasa saya bekerja, saya juga bertemu arkitek dan jurutera bebas yang bekerja dari rumah. Dalam tempoh Covid-19, bekerja dari rumah tidak lagi menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain kerana ramai antara kita bekerja dari rumah...

Asalkan tugas itu dapat diselesaikan dengan baik dan tahap profesionalisme yang disediakan kepada pelanggan dijaga, ia tidak menjadi masalah sama ada kita berniaga dari rumah atau pejabat."

​- Cik Amilia Gani, pemilik dan pereka utama Facelift Design & Interiors LLP.




ANTARA JENIS PERNIAGAAAN YANG DIBENARKAN DI BAWAH SKIM PEJABAT RUMAH



- Khidmat perakaunan



- Khidmat seni bina



- Khidmat runding cara (seperti perniagaan, IT, pengurusan, pendidikan dan sebagainya)



- Khidmat rekaan/pengiklanan



- Khidmat pengangkutan



- Khidmat Insurans/perancangan kewangan



- Pejabat dagangan



Peniaga boleh memohon lesen bagi Skim Pejabat Rumah yang sah digunakan selama lima tahun melalui GoBusiness. Bayaran pentadbiran sebanyak $20 dikenakan.



Sesiapa sahaja yang menjadi pemilik, penyewa atau penduduk flat atau rumah privet itu dan ingin mengoperasikan Pejabat Rumah boleh mendaftar dengan URA bagi rumah privet atau HDB bagi flat HDB.



Jika bukan pemilik rumah, keizinan bertulis diperlukan daripada pemilik sebelum mendaftar bagi Rumah Pejabat.



Sumber: Laman HDB/URA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >