Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Menyingkap Erti Perkahwinan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Menyingkap Erti Perkahwinan

Jan 11, 2016 | 05:30 AM

Bermula dengan lirikan pertama
berkocak telaga perasaan
terjentik tangkai hati
tanpa disedari berhamburan ayat-ayat cinta
berselerak madah pujangga
disusuli dengan dakapan sayang
terlupa rebah dalam mimpi memanjang
kemudian di mana cinta berpindah?
mencabar dan dicabar
di pelamin biru kemuncaknya
ikrar dan sayang terikat
berterbangan warna-warna pelangi
bermula sebuah catatan sejarah
dalam percikan keindahan
ada tugas yang menunggu
beban tanggungjawab yang tidak berakhir
jangan terlintas menuding suratan takdir
sejenak terfikir menjadi fakir
terasa sejuk dan menggigil.

Bagaimana jika esok mentari terlena?
berjalan dalam kesamaraan
bagaimana jika esok...
bulan dan bintang bintang lesu?
berjalan dalam kegelapan
di mana terletak puisi cinta?
di bibir mesra
ataupun di tangan dan jejari
yang sedia didera

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3