SAYA berpeluang menghadiri bengkel penulisan novel pada 12-13 April lalu anjuran Perkumpulan Seni dan Ombak Skripthouse Production dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC).
Syabas saya ucapkan kepada Encik Samsudin Said dan Cik Hartinah Ahmad selaku teraju utama bagi mengadakan bengkel seumpamanya yang saya fikir amat padat dengan cara menghasilkan novel.