PETALING JAYA: Mengakui sudah menduga Umno akan memecatnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu pada Jumaat.
Kenyataan yang diakhiri dengan ucapan 'Selamat Tinggal Umno, Kepada Allah Saya Berserah', mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu bagaimanapun menganggap pemecatannya bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan.