Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS & KEMELESETAN

Mula firma akaun dari bilik belajar anak

Kini punya 30 kakitangan termasuk 22 akauntan
Apr 25, 2021 | 05:30 AM



DI satu sudut bilik belajar anaknyalah di flat HDB yang menjadi tempat permulaan firma perakaunan Encik Akber Ali.



Tidak mahu lagi makan gaji, akauntan itu memutuskan untuk membuka firmanya sendiri.



Ketika itu, usianya sudah mencapai 40 tahun.



Namun, beliau memberanikan diri mengorak langkah membuka firma audit, Akber Ali & Co sejak 20 tahun lalu dan kemudian membuka sebuah lagi firma AAA Assurance PAC (Public Accounting Corporation) sejak 10 tahun lalu.



"Saya mendapat sijil (ACCA Association of Chartered Certified Accountants), bekerja sebagai seorang pelatih audit dan kemudian bekerja di beberapa firma perakaunan termasuk KPMG dan Pricewaterhouse Coopers.



"Setelah menimba banyak pengalaman dan mempunyai pangkalan pelanggan sendiri, saya putuskan untuk cuba buka firma sendiri.



"Kita tidak perlu modal banyak nak buka firma perakaunan. Bilik belajar anak sayalah saya jadikan pejabat pertama saya.



"Ia tidak mudah kerana saya lakukan semuanya sendiri,'' ujar Encik Akber, 62 tahun, yang juga bendahari Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Enam bulan kemudian, apabila perniagaannya mulai stabil, beliau menyewa sebuah pejabat kecil di East Coast.



Kini, dua syarikat itu berpejabat di sebuah bangunan di Bencoolen Street.



Ia mempunyai 30 kakitangan termasuk 22 akauntan yang menyediakan khidmat seperti audit, penyimpanan kira-kira (book-keeping), cukai (individu dan korporat) dan pentadbiran kesetiausahaan korporat.



Sepanjang menjalankan perniagaannya, beliau turut mengubah mengikut masa bagi menarik bakat muda.



"Cara perniagaan ini dijalankan dulu memerlukan penggunaan banyak fail. Tetapi, kami telah mengautomasikan prosesnya.



"Proses audit menggunakan automasi agar kami dapat menarik karyawan lebih muda. Ia juga meningkatkan keberkesanan kami.



"Sebelum ini, kami memerlukan 10 kakitangan, kini kami perlu tujuh kakitangan sahaja untuk menjalankan tugas yang sama,'' tambahnya, yang juga telah mengautomasikan proses sumber manusianya (HR).



Beliau mendapatkan geran pemerintah seperti Geran Huraian produktiviti (PSG) dan Geran Pembangunan Keupayaan (CDG) di bawah Enterprise Singapore (ESG) bagi menyokong usaha firma dalam automasi.



"Dengan automasi, kami dapat menarik karyawan akauntan lebih muda,'' ujarnya.



Langkah automasi itu juga membantu syarikat itu agar tidak bergantung kepada pekerja asing.



Sektor perakaunan ini terdiri daripada banyak firma perakaunan yang kecil sehingga besar, lantas persaingannya cukup sengit.



Untuk kekal berdaya saing, beliau akur perlu sentiasa menyediakan khidmat bermutu dan tidak bersaing berdasarkan harga terendah.



"Apabila kita berikan yang terbaik, pelanggan kita akan rujukkan kita kepada rakan mereka. Ada pelanggan saya yang kekal bersama saya sejak saya bermula,'' katanya.



Firma yang menjadi pelanggannya ramai daripada mereka dalam dagangan, makanan dan minuman (F&B), malah masjid dan madrasah.



Sebagai anggota panel auditor Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), beliau menguadit akaun masjid seperti Masjid Abdul Razak, Masjid Al-Ghufran dan Masjid Jamae Chulia, serta Madrasah Irsyad.



Meskipun firma di bawah pendapatan $10 juta tidak diwajibkan menjalankan audit, beliau menggalak mereka menyimpan akaun yang rapi dan melakukan audit sebagai satu pengawalan korporat dan memudahkan mereka apabila ingin mendapatkan pembiayaan dari bank.



"Melakukan audit tidak mudah kerana bayarannya tidak tinggi tetapi banyak kerja yang perlu dilakukan kerana banyak peraturan pengawalan yang perlu dilakukan. Untuk kekal bersaing dan relevan, kita harus berikan yang terbaik dan bersaing berdasarkan harga,'' tambahnya.




"Saya mendapat sijil (ACCA Association of Chartered Certified Accountants), bekerja sebagai seorang pelatih audit dan kemudian bekerja di beberapa firma perakaunan termasuk KPMG dan Pricewaterhouse Coopers.

Setelah menimba banyak pengalaman dan mempunyai pangkalan pelanggan sendiri, saya putuskan untuk cuba buka firma sendiri.

Kita tidak perlu modal banyak nak buka firma perakaunan. Bilik belajar anak sayalah saya jadikan pejabat pertama saya.

Ia tidak mudah kerana saya lakukan semuanya sendiri."

- Encik Akber Ali yang mengorak langkah membuka firma audit, Akber Ali & Co semasa berusia 40 dan sebuah lagi firma AAA Assurance PAC (Public Accounting Corporation) sejak 10 tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >