Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Mulakan niaga kecil hantar pesakit ginjal ke pusat dialisis; ajar main gitar dalam talian

Giat buat penyesuaian; tak boleh mengharap industri akan pulih segera
Nov 27, 2021 | 05:30 AM



APABILA Covid-19 melanda Singapura awal tahun lalu, pemain gitar dalam band, Encik Abdul Shahari Abdul Rahman, tidak menyangka ia akan terus berlarutan begitu lama sehingga hari ini.



Ketika itu, Encik Abdul Shahari, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Blade, melakukan persembahan secara live setiap malam di sebuah restoran di Clarke Quay untuk menghiburkan pelanggan yang datang menjamu selera.



Namun, apabila pandemik menjadi kian teruk, beliau telah menerima panggilan daripada pengurus restoran itu yang memberitahu beliau supaya tidak lagi membuat persembahan di sana.



"Saya tersentak... seolah-olah dibuang kerja. Pengurus restoran menjelaskan beliau tidak dapat buat apa-apa kerana ini peraturan yang diperkenalkan pemerintah.



"Pada mulanya, saya fikir 'Alah, sekejap saja... mungkin dua, tiga hari saja kita tak dapat buat persembahan'. Tetapi kemudian, kita lihat kelab ditutup, restoran tempat kita main muzik juga tutup. Virus semakin merebak dan menjadi lebih serius. Saya betul-betul rasa hilang arah ketika itu," kata beliau, yang berusia 37 tahun.



Anggota band Back2Basic itu, yang sudah berkecimpung dalam industri hiburan malam sejak 14 tahun lalu, berkata fikirannya runsing selama beberapa minggu, memandangkan muzik merupakan satu-satunya mata pencariannya.



Namun, setelah duduk berbincang dengan isterinya, beliau memutuskan untuk memulakan sebuah perniagaan kecil yang menyediakan khidmat pengangkutan untuk menghantar pesakit ginjal ke pusat dialisis pada April tahun lalu.



Idea itu muncul setelah beliau membantu menghantar bapa seorang rakannya ke pusat dialisis.



"Saya gunakan kereta saya sendiri. Saya tawarkan khidmat ini pada harga yang boleh dimampui, khususnya untuk mereka yang kurang mampu.



"Jadi, saya akan ambil mereka dari rumah, bantu papah masuk kereta dan lipatkan kerusi roda dan hantar ke pusat dialisis. Kemudian, saya akan hantar mereka pulang ke rumah," kata beliau.



Selain itu, beliau turut menjalankan perniagaan makanan kecil-kecilan dari rumah , menjual masakan Melayu mengikut tempahan.



Namun, muzik tetap dekat di hati Encik Abdul Shahari, dan beliau juga menawarkan kelas memetik gitar secara dalam talian.



Meskipun tidak lagi membuat persembahan 'live', Encik Abdul Shahari berkongsi beliau masih diundang untuk membuat persembahan bagi acara dan majlis dalam talian sekitar sekali sebulan.



Beliau juga telah memulakan sebuah saluran di YouTube untuk memuat naik video persembahan gitar akustiknya.



Semua ini dapat dijayakan hasil sokongan ahli keluarganya yang membantu membelikan peralatan yang diperlukan untuk membuat persembahan secara dalam talian.



Encik Abdul Shahari berkata pemuzik seperti dirinya tidak harus putus asa dan mesti gigih mencari jalan lain untuk bertahan dan menyara kehidupan sendiri dan keluarga di tengah-tengah pandemik ini.



Beliau berharap pemerintah akan dapat melonggarkan sekatan yang dilaksanakan terhadap industri hiburan malam supaya pemuzik dapat kembali bekerja dan menghiburkan orang ramai sekali lagi.



"Mungkin keadaannya tidak akan sama seperti dahulu, pastinya akan ada banyak perubahan dan peraturan… Namun, kita orang seni semua harus bekerjasama dan saya berharap kami akan diberikan peluang untuk membuat persembahan secara langsung tak lama lagi," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >