PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menegaskan lagi pada Ahad (13 Sep) beliau tidak akan meletak jawatan walaupun tuduhan terhadapnya bertambah, dan menyalahkan penyebaran kepalsuan dan fitnah mengenai beliau ke atas media sosial.
Beliau juga mendakwa serangan terhadapnya "konspirasi dari dalam dan luar negara" yang bertujuan memusnahkan pemerintah Umno, "tulang belakang pentadbiran dan kepimpinan negara".