Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Islam terdahulu

Oct 25, 2020 | 05:30 AM



WAKAF ISTIMEWA BAGI RINGANKAN BEBAN



Dalam satu lagi artikel yang diterbitkan laman berita yang sama - "The social role of waqfs during the Ottoman era" ("Peranan sosial wakaf dalam era Uthmaniyah") pada 3 Jun 2016, ia ditukil sebagai berkata Uthmaniyah turut membentuk wakaf khas yang membantu orang awam dalam masa-masa sukar.



Bantuan tersebut termasuk membayarkan cukai semasa peperangan, menampung individu yang tidak mampu bekerja kerana sakit, membantu golongan muda yang kurang berupaya untuk berkahwin dan memulakan perniagaan, serta menolong rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran atau bencana alam.



WAKAF PERTAMA DALAM ISLAM



Selain Uthmaniyah, wakaf juga telah memacu pembangunan ummah seawal zaman Rasulullah dan para sahabatnya di Madinah dahulu.



Antara contoh terawal pembentukan wakaf dalam Islam dilakukan sahabat Umar Al-Khattab, yang mewakafkan sebidang tanah di Khaibar, dekat kota Madinah.



Menerusi wakaf itu, hasil tanaman di tanah tersebut disedekahkan kepada orang-orang miskin.



Ramai sahabat Rasulullah lain juga mewakafkan harta mereka demi membela agama Islam yang masih baru ketika itu - satu langkah yang memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan yang memerlukan tetapi juga memastikan syiar agama terus dapat berkembang.



Menyelusuri tamadun Islam dalam tahun-tahun selepas Rasulullah, wakaf terus menjadi antara tunggak penting dalam pembangunan sosio-ekonomi dan sosio-agama masyarakat.



Malah, keberkesanan wakaf yang diamalkan masyarakat Islam dengan luas di pelbagai empayar Islam, seperti Abbasiyah di Timur Tengah, Fatimiyah di Afrika Utara, dan Mughal di India, begitu nyata sehingga memberi kesan dan pengaruh kepada masyarakat dunia yang lain.



MODEL WAKAF DICONTOHI



Misalnya Universiti Oxford di England memiliki sebuah badan amal dan endowmen yang memberi sokongan pembelajaran dan pendidikan, termasuk memberi dermasiswa kepada pelajar memerlukan. Banyak penulisan yang menjelaskan bahawa sistem endowmen universiti itu dipengaruhi model wakaf yang diamalkan negara-negara Islam.



Meskipun hari ini, wakaf yang dilihat tidak semegah yang pernah disaksikan tamadun Islam terdahulu - yang mampu menjadi pemacu ekonomi sesebuah empayar - ia tetap relevan dan masih giat diamalkan di banyak negara, termasuk Singapura.



Bentuk dan rupa wakaf hari ini mungkin sedikit berbeza, namun objektif wakaf untuk menaikkan taraf keseimbangan sosial dalam masyarakat masih kekal sama, di samping meraih ganjaran dari Tuhan yang Maha Esa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >