Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SIRI LAPORAN DEMENSIA

Tanya jawab

Jul 18, 2021 | 05:30 AM



Soalan: Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan risiko demensia?



Jawapan: Tidak ada cara yang pasti untuk mencegah demensia, tetapi kita tahu beberapa faktor tentang risiko demensia, dan ini dapat diatasi.



Faktor risiko ini sama seperti penyakit kardiovaskular (seperti penyakit jantung dan strok).



Dengan menjalani gaya hidup sihat dan melakukan senaman secara teratur, anda akan menurunkan risiko penyakit ini, dan kemungkinan anda juga akan menurunkan risiko demensia.



Untuk meningkatkan kesihatan anda:



  • Terus aktif dan bersenam secara berkala;

  • Jangan merokok;

  • Kekalkan berat badan yang sihat;

  • Makan makanan seimbang yang sihat;

  • Kawal tekanan darah tinggi;

  • Kekalkan tahap kolesterol yang selamat.

Kajian menunjukkan bahawa sangat penting untuk menjaga kesihatan di pertengahan usia bagi membantu mengurangkan risiko mengalami demensia.



Soalan: Selain menjaga kesihatan, apa yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan kecergasan otak?



Jawapan: Sedang usia anda meningkat, penting untuk menjaga diri anda agar kekal aktif dan terlibat secara mental.



Sedikit perubahan dalam aktiviti rutin yang lain dapat membuat anda berfikir dengan cara yang berbeza.



Berikut adalah beberapa cara untuk mencabar minda anda:



  • Gosok gigi dengan tangan yang tidak dominan;

  • Tutup mata anda ketika berpakaian atau melakukan tugas lain;

  • Pakai penutup telinga untuk mengalami dunia tanpa suara;

  • Balikkan gambar atau jam anda;

  • Mulakan hobi baru;

  • Belajar bermain alat muzik

Soalan: Bagaimana saya boleh dapatkan diagnosis?



Jawapan: Mulakan dengan membincangkan masalah anda dengan doktor anda, atau hubungi hospital terdekat.



Sumber: Laman web Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA) www.alz.org.sg.




ADA SOALAN TENTANG DEMENSIA?



ANDA mempunyai soalan tentang demensia atau isu berkaitan penuaan? Atau anda sekadar ingin berkongsi kisah atau pengalaman mengenai isu ini? Sila hantar soalan dan maklumat kepada Natasha Mustafa di e-mel nmustafa@sph.com.sg. Soalan akan dirujuk kepada pakar bagi jawapannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >